HBIA2023: Majlis Penutup Berlangsung Meriah

KUALA LUMPUR – Seramai 20 orang murid dari 13 buah sekolah rendah rangkaian IKRAM Musleh diumumkan sebagai pemenang dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Esei dan Pertandingan Melukis sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) 2023 yang telah berlangsung meriah pada Ahad di sini. Selain bertujuan untuk mengumumkan pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, majlis tersebut diadakan […]

IYRC2023: 6 Murid Harumkan Nama Negara

DAEJEON, KOREA – Pasukan robotik dari Sekolah Rendah Al-Amin Keramat bersama seluruh kontinjen dari Malaysia telah turut serta dalam Pertandingan International Youth Robot Competition (IYRC) yang berlangsung pada 3 Ogos hingga 6 Ogos lalu di sini. Pasukan itu yang terdiri daripada Putri Sara Qadeeja dan Meor Wafiq Rayyan, masing-masing berusia 8 tahun sementara Ahmad Nashih, […]

TECHNOVATION ’23: Guru MTAS Raih Perak

NILAI – Nurul Amiza Abd Rahman, Fathimah Az-Zahrah Abdullah, Syamimi Mohd Salim dan Muhammad Saidek Sakek, guru-guru dari Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (MTAS) telah dianugerahkan pingat perak dalam Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Inovasi Pedagogi dan Pengurusan TECHNOVATION ’23 Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) pada 18 Julai lalu di sini. Inovasi mereka; bertajuk TeBA […]

Persidangan Meja Bulat Resolusi Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SUBANG – Telah berlangsung Persidangan Meja Bulat Resolusi Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan (LP) pada 11 hingga 13 Julai lalu di Geno Hotel di sini. “Objektif persidangan ini diadakan ialah untuk memperhalusi Resolusi Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasaskan Sekolah selain menyediakan dan memperinci rancangan tindak […]

Kunjungan Hormat JK Pendidikan IKRAM ke Bahagian Pendidikan Swasta

PUTRAJAYA – IKRAM Musleh telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan bersama Bahagian Pendidikan Swasta (BPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini pada semalam, 20 Julai. IKRAM Musleh yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob, disertai Timbalan Pengerusinya, Dr. Kamaliah Noordin, Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor […]

Kerajaan Negeri Lulus Permohonan Tanah Naik Taraf SRI Al-Amin Keramat

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan hak milik tanah tambahan kepada Sekolah Rendah Islam Al-Amin Keramat dalam satu Program Penyerahan Bantuan Sekolah-sekolah Negeri Selangor 2023 yang telah berlangsung di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Jumaat, 7 Julai lalu. Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan kelulusan […]

SPM 2022: Tahniah pada Semua Calon

SERI KEMBANGAN – Seramai 863 calon dari keseluruhan 15 buah sekolah menengah IKRAM Musleh menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan telah menerima keputusan rasminya di sekolah masing-masing semalam. Sekolah-sekolah menengah IKRAM Musleh mendapat Gred Purata bagi SPM 2022 sebanyak 3.76 berbanding 3.95 pada tahun 2021. “Nilai Gred Purata IKRAM Musleh yang dicatatkan dalam SPM […]

LKD 14: Bina Pelapis Du’at, Asah Bakat Memimpin

HULU LANGAT – Sela masa yang agak panjang selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir sehingga kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) perlu dimanfaatkan dan diisi dengan sebaik mungkin. Maka atas sebab itu, Latihan Kader Du’at (LKD) ini telah dirangka oleh Bahagian Tarbiah IKRAM Musleh dengan kerjasama Kader Du’at Musleh (KDM) dan IKRAM Muda […]