IYRC2023: 6 Murid Harumkan Nama Negara

DAEJEON, KOREA – Pasukan robotik dari Sekolah Rendah Al-Amin Keramat bersama seluruh kontinjen dari Malaysia telah turut serta dalam Pertandingan International Youth Robot Competition (IYRC) yang berlangsung pada 3 Ogos hingga 6 Ogos lalu di sini.

Pasukan itu yang terdiri daripada Putri Sara Qadeeja dan Meor Wafiq Rayyan, masing-masing berusia 8 tahun sementara Ahmad Nashih, Muhammad Izz Zhafran dan Izz Rizqin, semuanya berusia 10 tahun, telah mengharumkan nama sekolah dan nama negara di persada antarabangsa apabila meraih “Bronze Award” dan “Excellence Award” untuk kategori design kreatif dalam pertandingan berkenaan.

Selain itu, bakat pengaturcaraan robot yang dimiliki oleh murid-murid ini juga turut melayakkan mereka untuk memenangi hadiah “Best Prize Soccer” dan “Best Prize Push-Push” bagi kategori Junior.

Dalam perkembangan berkaitan, kontinjen sekolah telah berlepas ke Korea pada 2 Ogos lalu diiringi oleh 2 orang guru pengiring sambil dihantar oleh ibu bapa masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan robotik SRI Al-Amin Keramat atas pencapaian ini.

Sumber: Facebook SRI Al-Amin Keramat

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis