Projek IKRAM Musleh

Projek IKRAM Musleh

01Projek iBecome

This Parliamentary-Style Debating Championship is organised by Pendidikan Ikram Musleh Bhd (IKRAM Musleh), in collaboration with the International Centre for Educational Excellence (ICEE). The main purpose of this championship is to unleash an exemplary public speaking talent amongst students in three languages, which are Bahasa Melayu, English and Arabic. It is also a platform to demonstrate to the students how eloquence, fluency and critical thinking skills are combined together with akhlak and adab in order to deliver and execute debates flawlessly. Participation is open to all students between the ages of 13 to 18 years old students from schools all over the world. The theme for this Championship is “Towards the Advancement of Mithali Leaders”

The International Eco Nature Run or “International Eco Nature Run” is an annual program organized by the IKRAM Musleh Co-Curriculum Unit and MUSLEH School Youth Cadet (KRS MUSLEH) for the third year with the joint organization of Sports, Co-curriculum and Arts (BSKK), Ministry of Education Malaysia (KPM).

Latihan Kader Duat (LKD) adalah latihan yang diberikan untuk pelajar lepasan SPM untuk mempersiapkan bakal pelajar IPT sebagai mahasiswa berjiwa pendakwah dan mempunyai pemikiran yang betul dalam menegakkan Islam.

Kejohanan memanah tradisional ini merupakan satu kejohanan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh KRS MUSLEH dan Persatuan Memanah Tradisional Musleh (MeTra). Kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini membuka ruang kepada pelajar untuk mempersembahkan kemahiran memanah masing-masing secara profesional di samping memelihara budaya tradisional setempat.

KRS Musleh adalah badan beruniform yang diwujudkan untuk melengkapkan keperluan pendidikan di luar ruang kelas bagi sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh. KRS Musleh mengambil modul-modul KRS Malaysia dan mengembangkannya dengan latihan-latihan yang melengkapkan keperluan melahirkan insan rabbani. Modul Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah MUSLEH bagi Pegawai Pengurusan, Leftenan Muda, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan disusun untuk memastikan para pemimpin sekolah, guru dan pelajar mendapat kadar pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dan selaras dengan KRS Malaysia.

Pembinaan pelajar sentiasa diarahkan kepada peribadi yang sempurna (insan kamil) yang mencakupi sihat secara jasmani, baik ruhaniyahnya dan cerdas akal fikirannya. Salah satu daripada langkah pembinaan untuk mencapai peribadi insan kamil tersebut, ialah melalui wadah Kadet Remaja Sekolah MUSLEH sebagai media pembinaan dan pembangunan kepimpinan pelajar. Kebanyakan aktivitinya dijalankan di peringkat sekolah manakala di peringkat kebangsaan pelajar-pelajar hanya dihimpunkan untuk mengikuti kursus kenaikan pangkat dan kemahiran tertentu sahaja. Ruang lingkup untuk pelajar berinteraksi sesama sahabat adalah terhad. Atas dasar itu Perkhemahan Nasional ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pembinaan pelajar seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Islam.

Menyediakan barisan kepimpinan IKRAM sehingga mereka mampu memimpin negara, Ummah dan manusia sejagat.

Membina negara rahmah memerlukan kepimpinan mukmin yang berintegriti dan kompeten. Seorang pemimpin mesti mempunyai ciri-ciri berikut: [1] Memimpin Diri, [ 2 ] Memimpin Manusia dan [ 3 ] Memimpin Perjuangan.

Pertandingan Video Pendek IKRAM MUSLEH Peringkat Antarabangsa 2020-2021 adalah lanjutan daripada pertandingan yang diadakan sebelum ini di peringkat nasional. Oleh kerana, seluruh negara diuji dengan pandemik Covid 19, maka semua aktiviti secara fizikal terpaksa dibatalkan. Namun, pertandingan ini diteruskan secara dalam talian yang mana selain membina hubungan silaturrahim antara negara luar, peserta juga dapat mengenali budaya peserta dari negara lain dalam dunia tanpa sempadan. Pertandingan peringkat antarabangsa ini akan turut disertai negara-negara luar seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Adalah diharapkan pertandingan ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MyCARE) adalah sebuah badan kemanusiaan yang berdaftar [729288-P] dan mempunyai ‘Special Consultative Status’ daripada ‘Economic and Social Council (ECOSOC)’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). 

Fokus memberi bantuan kemanusiaan meliputi negara-negara bergolak di Timur Tengah khususnya Palestin, Syria, Lubnan, Yaman dan Iraq; komuniti yang memerlukan di Myanmar, Vietnam, Filipina, Kemboja, Indonesia dan Thailand; serta kawasan yang ditimpa bencana (banjir, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, kemarau) dalam dan luar negara.

Selain itu, sentiasa cakna terhadap isu-isu pendidikan yang melanda negera-negara berkenaan. Dengan itu MyCARE telah menubuhkan satu tabung dipanggil MyCARE Education Fund (MEF).

Kelab MyCARE ditubuhkan di bawah naungan MyCARE dan melaksanakan aktivisme MyCARE di bawah kelab-kelab sedia ada yang berkaitan dengan kemasyarakatan.

Hidayah Centre (HC) telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai satu institusi yang berkhidmat membina hubungan antara pelbagai komuniti yang berbeza etnik dan latar belakang agama di Malaysia. Ia juga merupakan sebuah pusat sokongan kepada saudara baru. HC memfokuskan aktiviti dan capaian objektifnya kepada kumpulan masyarakat, saudara baru yang memerlukan bimbingan dalam pelbagai aspek dan juga mereka yang memerlukan tempat perlindungan sementara. Kelab Hidayah Centre bergerak bersama Rakan Hidayah yang bernaung di bawah Hidayah Centre Foundation. Di sekolah Kelab Hidayah Centre akan melaksanakan aktivismenya di bawah Persatuan Agama Islam.

Kelab Ibantu ditubuhkan dan bernaung di bawah Yayasan IKRAM yang mempunyai misi dan visi untuk menyemarakkan kesedaran dan penghayatan tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang memerlukan di kalangan masyarakat. Usaha ini adalah untuk membantu kerajaan mendekati masyarakat yang memerlukan dan kadang-kadang terpinggir akibat pembangunan yang tidak seimbang.

SPPIM merupakan satu sistem pentaksiran holistik yang dibangunkan bagi mengukur perkembangan pelajar dalam segenap aspek sama ada emosi, rohani, jasmani ataupun sosial. 

SPPIM memberi gambaran menyeluruh tentang individu dari perspektif pendidikan insan yang meliputi semua aspek pembentukan manusia yang menjurus kepada pembentukan manusia unggul.

Program Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) adalah program latihan pengajian ikhtisas bagi guru-guru dalam rangkaian sekolah IKRAM Musleh. Pada tahun 2003, program Diploma Pendidikan MUSLEH telah ditukarkan kepada Syahadah Perguruan IKRAM-MUSLEH (SPIIM). SPIIM telah direviu pada tahun 2018 dan ditukar kepada SPAIM.

Kualiti merupakan suatu yang abstrak, tetapi apabila disebut kualiti, terdapat beberapa ciri yang terbayang dalam ingatan individu tentang menyatakan sesuatu benda, perkara atau keadaan itu berkualiti atau tidak berkualiti. Ini termasuk struktur, budaya, dasar dan strategi serta tatacara seseorang itu berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders). Ia adalah merupakan satu proses bagaimana sesebuah institusi itu diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti yang dipersetujui oleh semua warga pendidik. Oleh itu untuk mencapai hasrat tersebut maka pihak IKRAM MUSLEH telah bersetuju untuk melaksanakan Standard Kualiti IKRAM MUSLEH (SKIM) untuk memastikan institusi pendidikan di bawah rangkaian IKRAM MUSLEH dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.