Kenali Kami

LATAR BELAKANG INSTITUSI

Kenali Musleh Integrated Education Berhad (MIEB)

MIEB ialah sebuah institusi yang memberikan fokus kepada bidang pendidikan di bawah naungan IKRAM. Ianya adalah kumpulan/gabungan Institusi-institusi Pendidikan Islam yang diuruskan dan dikendalikan oleh ahli atau organisasi IKRAM di seluruh Malaysia.

VISI
Menjadi Peneraju Pendidikan Islam Holistik dan Rahmah di Malaysia
MISI

Membangun dan memacu perlaksanaan sistem pendidikan yang efektif selaras dengan Falsafah Pendidikan MIEB untuk melahirkan insan rabbani

Menjuarai agenda Pendidikan Islam holistik dan rahmah

Menjana dana yang mampan

Menggembleng, menyatu dan mengoptimum penggunaan sumber seluruh institusi Pendidikan Ikram

Membangun keupayaan dan kapasiti sumber manusia yang kompeten dan berprestasi tinggi

FALSAFAH PENDIDIKAN MIEB
“Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.”

INSAN RABBANI

Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah membangun satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kami percaya, insan yang memiliki kesemua ciri berikut:-

Jasmani yang cerdas

Akhlak yang mulia

Pengetahuan Luas

Hikmah yang ketara

Qalbu yang sejahtera

Aqidah yang benar

Rohani yang teguh

Ibadah yang betul

Kepemimpinan dan pengurusan berwibawa

Dakwah yang istiqamah

Rahmatan Lil 'Alamin

Ingin fahami lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan Insan Rabbani?