TECHNOVATION ’23: Guru MTAS Raih Perak

NILAI – Nurul Amiza Abd Rahman, Fathimah Az-Zahrah Abdullah, Syamimi Mohd Salim dan Muhammad Saidek Sakek, guru-guru dari Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (MTAS) telah dianugerahkan pingat perak dalam Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Inovasi Pedagogi dan Pengurusan TECHNOVATION ’23 Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) pada 18 Julai lalu di sini.

Inovasi mereka; bertajuk TeBA yang dipertandingkan bagi bidang inovasi PDP dan pentaksiran alternatif berjaya melepasi peringkat saringan dan mara ke peringkat akhir pertandingan. Turut dipertandingkan, dua bidang inovasi lain iaitu bidang inovasi penyampaian perkhidmatan dan inovasi sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, pertandingan anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGKPT itu telah berlangsung bermula Mei hingga Julai lalu.

Antara objektif utama penganjurannya ialah untuk memupuk dan membudayakan inovasi proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah dan siswa guru selain memberikan pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada para pensyarah, siswa guru dan kakitangan sokongan yang berjaya menghasilkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, pertandingan yang melibatkan semua pensyarah, siswa guru dan kakitangan sokongan IPGKPT tersebut telah melabuhkan tirainya dengan penganjuran pameran sekaligus majlis perasmian penutup di Dewan Kuliah IPGKPT yang telah disempurnakan oleh Pengarah IPGKPT, Dr. Hanani Harun Rasit.

Hadir sama dalam majlis penutup, Pengetua MTAS, Norhayati Baharum.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis