Persidangan Meja Bulat Resolusi Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SUBANG – Telah berlangsung Persidangan Meja Bulat Resolusi Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan (LP) pada 11 hingga 13 Julai lalu di Geno Hotel di sini.

“Objektif persidangan ini diadakan ialah untuk memperhalusi Resolusi Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasaskan Sekolah selain menyediakan dan memperinci rancangan tindak susul bagi pelan strategik dan pelan taktikal berkait kemenjadian generasi masa depan negara,” ujar Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor yang turut sama dijemput menyertai persidangan tersebut.

Terdahulu, pihak KPM dan LP telah mengadakan Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasaskan Sekolah pada 6 hingga 7 Jun yang lalu bertempat di Wyndham Acmar Hotel, Klang.

Konvensyen tersebut telah dihadiri oleh para pendidik dari seluruh negara, pelajar-pelajar IPG, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), panel Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta Dalam Pendidikan (PIBKS), konsultan-konsultan pendidikan, wakil agensi pendidikan swasta serta ibu bapa dan telah dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dalam perkembangan berkaitan, konvensyen tersebut telah mencapai 12 resolusi penting. Antaranya ialah:-

1. PBS diteruskan dengan penambahbaikan.

2. Latihan dalam pentaksiran perlu diberikan kepada pelaksana dan bakal pelaksana pentaksiran bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam mentadbir, mengurus, mentaksir dan melaksanakan intervensi.

3. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan teknologi terkini dalam pentaksiran.

4. Kaedah dan pelaksanaan pentaksiran psikometrik perlu ditambahbaik supaya data dan maklumat yang diperoleh adalah tepat, bermakna dan boleh dimanfaatkan untuk peningkatan perkembangan murid.

5. Menempatkan guru kaunseling sepenuh masa di semua sekolah.

6. Penglibatan murid dalam semua peringkat aktiviti dalam dan luar negara diberi pengiktirafan dalam PAJSK.

7. Autonomi diberikan kepada pihak sekolah dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara fleksibel.

8. Meningkatkan kefahaman ibu bapa atau penjaga dalam pelaksanaan PBS.

9. Sekolah perlu mempunyai pakar rujuk pentaksiran yang diiktiraf oleh badan yang mempunyai autoriti dalam pentaksiran.

10. Ujian Akhir Sesi Akademik diteruskan dan sekolah terus diberi autonomi dalam pelaksanaan pentaksiran sumatif.

11. Perkara yang ditaksir dalam PBS adalah konstruk yang berkaitan dengan perkembangan potensi sebagaimana hasrat FPK dan seiring konsep “Anak Baik Lagi Cerdik”, karamah insaniah dan objektif serta matlamat pembelajaran abad ke-21.

12. Untuk memperkasa PBS, perkara-perkara berikut hendaklah direalisasikan:-

i) Pemastian siapa, mengapa dan apa yang ditaksir harus dilakukan pada PBS.
ii) Penjagaan ciri-ciri psikometrik, insanometrik dan kerangka.
iii) Pensejajaran PBS dengan Incheon Declaration Education 2030.
iv) The characteristic of the 21st century assessment.
v) Pensejajaran PBS dengan assessment trend in education: A shift to assessment for learning.

Megat Mohamed Amin berkata lagi, selepas persidangan ini, pelan strategik, pelan taktikal dan tindak susul akan dimurnikan untuk mendapatkan keputusan peringkat tertinggi KPM sebelum dibawa ke sesi Townhall PBS dan Jerayawara PBS kelak.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod