LKD ke-15 Bermula

HULU LANGAT, 23 April – Para pelajar lepasan rangkaian sekolah-sekolah menengah Musleh pada ketika ini sedang menjalani Latihan Kader Duat (LKD) yang telah pun bermula pada 20 April lalu di Impian Rimba Resort di sini.

LKD berkenaan dijangka tamat pada 8 Mei depan dan dianjurkan sebagai persediaan sebelum para pelajar memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/IPTS) kelak.

“LKD yang telah masuk kali ke-15 penganjurannya ini merupakan program bersifat dalaman yang bertujuan untuk menyediakan pemuda pemudi yang memahami waqi’ dan manhaj dakwah sekaligus mampu berperanan dan bergerak aktif di IPT,” ujar Penasihat Kader Du’at Musleh (KDM), Dayang Norhayani Amir.

LKD merupakan program tahunan yang telah dirangka oleh Bahagian Tarbiah Musleh dan dikelolakan oleh KDM yang bertindak sebagai agensi di bawah IKRAM Muda Malaysia dengan kerjasama seluruh sekolah-sekolah menengah rangkaian Musleh untuk mengisi keperluan tarbiah para pelajar lepasan SPM sekolah-sekolah Musleh.

Antara sekolah-sekolah yang terlibat termasuklah; SMI Hira’ Jeram, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, SMI Al-Amin Kemaman, SMI Al-Amin Bangi, SMI Aman Kota Bharu, SMI Al-Ikram, SMI Hidayah Johor Bahru, SMI Al-Islah Sg Petani, SMI Al-Hidayah Ipoh dan lain-lain.

Selain itu, para peserta pada kali ini dijangka akan berangkat ke Medan, Indonesia pada 27 April ini untuk melengkapkan modul yang telah ditetapkan sebelum kembali ke tanah air pada 3 Mei nanti bagi mengakhiri sesi LKD ke-15 pada tahun ini.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis