Webinar Menangani Isu Gangguan Seksual, Pornografi dan Ikhtilat dalam Kalangan Murid

SERI KEMBANGAN, 26 Apr – Bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru di sekolah tentang mekanisme yang boleh diambil dalam menangani isu gangguan seksual, pornografi dan ikhtilat dalam kalangan murid, satu webinar anjuran Sektor Sokongan dan Pembangunan Murid (SSPM) Musleh telah diadakan pada Rabu secara dalam talian.

Dalam perkembangan sama, perbincangan turut fokus untuk memberi pendedahan awal kepada guru-guru tentang faktor dan punca yang boleh menyebabkan berlakunya isu gangguan seksual dan pornografi terutamanya apabila melibatkan penggunaan media sosial dalam kalangan murid.

“Kita perlu cakna dan mengambil berat isu ini kerana cabaran untuk menanganinya sekarang adalah lebih kompleks, tidak straight-forward macam dulu,” demikian ujar penceramah jemputan merangkap Pengurus Rumah Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI), Puan Dzilal Abdul Aziz di hadapan kira-kira lebih 100 peserta dalam talian.

Beliau yang juga merupakan kaunselor berdaftar itu turut menjelaskan bahawa statistik berkaitan isu-isu ini terus menunjukkan tren peningkatan saban tahun dan semua pihak perlu berperanan khususnya apabila melibatkan murid-murid di sekolah.

Antara faktor dan punca kepada isu-isu ini yang turut dibincangkan termasuklah budaya dan kebiasaan masyarakat setempat, kurangnya pendidikan dan ilmu, pengaruh rakan sebaya, jurang atau ketidakseimbangan kuasa, faktor institusi, faktor individu, normalisasi dan desensitisasi (penyahpekaan) serta faktor media dan teknologi.

Selain itu, beliau turut menekankan mengenai perlunya polisi dan peraturan yang jelas di sekolah-sekolah tentang isu ini.

“Polisi ini adalah penting dalam membentuk budaya. Tujuannya bukan untuk menghukum tapi lebih kepada kita hendak membina masyarakat atau komuniti sekolah yang bagaimana. Jika kita tidak mahu komuniti sekolah kita ada masalah gangguan seksual, buli siber, pornografi dan sebagainya, maka polisi dan peraturan standardnya harus jelas dan dipaparkan di mana-mana di sekolah,” sarannya.

Dalam perkembangan berkaitan, para peserta terdiri daripada guru-guru bimbingan dan kaunseling serta guru-guru disiplin di sekolah-sekolah rangkaian Musleh.

Turut hadir, Eksekutif Kurikulum dan Pentaksiran Musleh, Puan Rohida Jamaludin dan Ahli Jawatankuasa SSPM Musleh merangkap Guru Besar SRI Al-Amin Nilai, Puan Nawwar Nabila Mohd Aris.

Webinar berkenaan berakhir pada kira-kira jam 12 tengah hari.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod