Projek dan Inisiatif
Menyediakan barisan kepimpinan IKRAM sehingga mereka mampu memimpin negara, Ummah dan manusia sejagat.
Membina negara rahmah memerlukan kepimpinan mukmin yang berintegriti dan kompeten. Seorang pemimpin mesti mempunyai ciri-ciri berikut: [1] Memimpin Diri, [ 2 ] Memimpin Manusia dan [ 3 ] Memimpin Perjuangan.
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MyCARE) adalah sebuah badan kemanusiaan yang berdaftar [729288-P] dan mempunyai ‘Special Consultative Status’ daripada ‘Economic and Social Council (ECOSOC)’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).
Fokus memberi bantuan kemanusiaan meliputi negara-negara bergolak di Timur Tengah khususnya Palestin, Syria, Lubnan, Yaman dan Iraq; komuniti yang memerlukan di Myanmar, Vietnam, Filipina, Kemboja, Indonesia dan Thailand; serta kawasan yang ditimpa bencana (banjir, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, kemarau) dalam dan luar negara.
Selain itu, sentiasa cakna terhadap isu-isu pendidikan yang melanda negera-negara berkenaan. Dengan itu MyCARE telah menubuhkan satu tabung dipanggil MyCARE Education Fund (MEF).
Kelab MyCARE ditubuhkan di bawah naungan MyCARE dan melaksanakan aktivisme MyCARE di bawah kelab-kelab sedia ada yang berkaitan dengan kemasyarakatan.
Kelab Ibantu ditubuhkan dan bernaung di bawah Yayasan IKRAM yang mempunyai misi dan visi untuk menyemarakkan kesedaran dan penghayatan tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang memerlukan di kalangan masyarakat. Usaha ini adalah untuk membantu kerajaan mendekati masyarakat yang memerlukan dan kadang-kadang terpinggir akibat pembangunan yang tidak seimbang.
SPPIM merupakan satu sistem pentaksiran holistik yang dibangunkan bagi mengukur perkembangan pelajar dalam segenap aspek sama ada emosi, rohani, jasmani ataupun sosial.
SPPIM memberi gambaran menyeluruh tentang individu dari perspektif pendidikan insan yang meliputi semua aspek pembentukan manusia yang menjurus kepada pembentukan manusia unggul.
Sistem sokongan pembelajaran Al-Bayen ini adalah hasil kerjasama penyelidikan yang telah melebihi dua tahun antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Edess Education Development and Solutions Specialist (EDESS). Al-Bayen adalah satu sistem yang dipanggil Humanized System kerana sistem ini bukan sekadar satu platform untuk guru-guru memuatnaik atau menyimpan bahan-bahan pendidikan. Al-Bayen juga bukan Learning Management System (LMS), tetapi sistem Al-Bayen ini dibina dengan kandungan mengikut silibus yang telah ditetapkan. Sistem Al-Bayen yang dibina khas berdasarkan silibus IKRAM Musleh selepas ini akan dirujuk sebagai Sistem Al-Bayen IKRAM Musleh (SABIM). Kandungan sistem Al-Bayen ini memberi fokus kepada:
- Pembelajaran berasaskan hasil
- Penjajaran Konstruktif
- Pembelajaran Personal
- Kemahiran aras tinggi (KBAT)
- Penyelesaian masalah
- Pembelajaran terarah kendiri
Ringkasnya Al-Bayen merupakan platform yang direka bentuk bagi memanusiakan sistem sokongan pembelajaran dan pengajaran serta menyediakan pendidik dan pelajar dengan medium yang sangat fleksibel sejajar dengan kehendak pembelajaran Abad ke-21. Bermatlamatkan pemerkasaan proses pengajaran dan pembelajaran, Al-Bayen menggunakan pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil. Set aktiviti interaktif Al-Bayen direka bentuk dan disesuaikan selari dengan hasil pembelajaran yang konstruktif utk membina persekitaran pembelajaran digital yang bermakna.
Lapan buah sekolah IKRAM Musleh telah bersetuju untuk menjadi sekolah rintis penggunaan SABIM bagi tahun 2021 ini, iaitu:
- SMI Hidayah Johor Bharu
- SMI Aman Kota Bharu
- SRI Hidayah Johor Bharu
- SRI Al Amin Kemaman, Terengganu
- SRI Al Amin Paya Besar, Kuantan
- SRI Al Azhar, Jitra
- SRA Hidayah Manjung
- SRI Integrasi Puncak Jalil