HBIA2023: Majlis Penutup Berlangsung Meriah

KUALA LUMPUR – Seramai 20 orang murid dari 13 buah sekolah rendah rangkaian IKRAM Musleh diumumkan sebagai pemenang dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Esei dan Pertandingan Melukis sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) 2023 yang telah berlangsung meriah pada Ahad di sini.

Selain bertujuan untuk mengumumkan pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, majlis tersebut diadakan untuk meraikan perbezaan budaya dan latar belakang masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan menekankan konsep kemakmuran bersama.

Dalam ucapan perasmiannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, YB Ng Sze Han berkata bahawa program silang budaya seumpama ini selari dengan aspirasi Malaysia Madani dan turut menggalas cita-cita yang dibawa oleh pihak kerajaan agar rakyat terus bersatu padu dan berusaha mengukuhkan perpaduan walaupun berbeza bangsa dan budaya.

Di samping itu, pelbagai aktiviti seperti Permainan Stesen untuk pelajar sekolah menengah, persembahan bicara berirama dan pameran kebudayaan bangsa Melayu, Cina, India dan Orang Asal turut diadakan.

“HBIA merupakan program yang tepat dan penting bagi menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa, budaya dan agama,” ulas Pengerusi HBIA, Ng Chai Heng.

Dalam perkembangan sama, kehadiran masyarakat berbilang kaum daripada segenap lapisan umur dalam majlis berkenaan turut menggalakkan interaksi sosial antara pelbagai kaum serta memupuk nilai-nilai murni seperti budaya hormat menghormati antara satu sama lain dan merapatkan jurang perbezaan.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Menurutnya, majlis seumpama ini memberi peluang kepada para pelajar berbangsa Melayu khususnya pelajar-pelajar dari sekolah Musleh untuk mempelajari adat dan budaya pelajar berbangsa lain dan dalam masa yang sama melatih mereka untuk berinteraksi dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang dan budaya.

Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation Malaysia (TFM) dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) itu telah diadakan di Tsun Jin High School, Kuala Lumpur.

Senarai pemenang pertandingan adalah seperti berikut:

Pertandingan Menulis Esei

  1. Auni Az-Zahra binti Mohd Iswan (Sekolah Rendah Islam Hira’ Batu Belah Klang)
  2. Nur Zahara binti Zahid (Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru)
  3. Muhammad Amirul Zharif bin Mohd Zarifi Shah (Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar, Perak)
  4. Tengku Izz bin Tengku Mohd Saifuddin (Sekolah Rendah Islam Al Amin Paya Besar, Kuantan)
  5. Nuha Safiyyah binti Mohd Huzaimi (Sekolah Rendah Islam Al Amin Kemaman)
  6. Ikram Ziqri bin Zaini (Sekolah Rendah Islam Al-Amin Nilai)
  7. Syazwan Helmi Mohamed bin Rashidi Mohamed (Sekolah Rendah Islam Al Amin Keramat)
  8. Nuur Iman Damia Binti Abdul Hafiz (Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi)
  9. Zya Atya binti Muhd Ghazali (Sekolah Rendah Sri Al-Amin Putra Mahkota)
  10. Nur Ainina Batrisya bt Azani (Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Terengganu)

Pertandingan Melukis

  1. Hadyra Humaira binti Mohd Yazid (Sekolah Rendah Islam Hira’ Batu Belah Klang)
  2. Muhammad Danish Hakimi bin Mohd Nazrol (Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru)
  3. Aqil Haseef bin Azlizam (Sekolah Rendah Islam Al Amin Kemaman)
  4. Siti Cahaya Salsabila Binti Mohd Sarkawi Affendy (Sekolah Rendah Islam Al-Amin Keramat)
  5. Ammar bin Md Faruk Abdullah (Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Terengganu)
  6. Iszahrah Sabrina bt Izirwan (Sekolah Rendah Islam Al Amin Paya Besar, Kuantan)
  7. Medina Arissa binti Ahmad Hazrif (Sekolah Rendah Islam Al-Amin Nilai)
  8. Wan Nur Maisarah bt Wan Mohammad Raffie (Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kerteh)
  9. Sara Jasmine bt Ahmad Syafiq (Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan)
  10. Muhammad Umar Hadi bin Mohd Sidir (Sekolah Rendah Al-Itqan Pulau Pinang)

Peserta Permainan Stesen

  1. SMI Al-Amin Kemaman – Nor Qistina binti Mohd Syafawi, Iffah Maryam Adibah binti Azizi dan Uzma Yumna binti Taufiq.
  2. SMI Hira’ Jeram – Mikhail Ghazi bin Azmi, Ammar Al-Hakim bin Mohd Iswan dan Deena Muneera binti Mohd Zaki.
  3. SMI Al-Irsyad – Ahmad Akmal bin Norhisham dan Muhammad Rayyan Naufal bin Mohd Raif.
  4. SMI Al-Amin Gombak – Muhammad Akif Aiyadh bin Annuar, Arif Aufa bin Amri, Nazheef Iman bin Mohammad Jefri, Luqman Nurhaqim bin Mohamad Zamri, Muhammad Amirul Haqimi bin Muhammad Farid dan Dir Aidid Murtaza bin Dir Kheizwan.
  5. SM i-Musleh – Muhammad Zuhair Syazwi bin Mohd Zamrri, Fawwaz Al Haziq bin Mohd Rafi dan Muhamad Nurrayan bin Mirza Adzraf.
  6. SMI Al-Itqan Pulau Pinang – Aiman Sofwan bin Aidiahmad dan Muhammad Syahmi Salihin bin Sharifuddin.
  7. Maahad Tahfiz As Saidiyyah – Amna Aqilah binti Muhd Hazli dan Hysenna Ellisa binti Oli Mohamed.
  8. SM Sri Al-Amin Bangi – Ahmad Isyraf Zhareef bin Ahmad Nizam, Ahmad Fidaa’ bin Ahmad Fadhli, Muhammad Fawwaz Hakeem bin Mohd Fauzi, Syaqief bin Syaromi dan Muhammad Lutfi bin Muhammad Azhan.
  9. SM Usahawan Al-Amin – Muhammad Aqeel Nashrullah bin Hairul Rizal, Nur Fathiyah Batrisyia binti Mohd Faizal, Siti Salma binti Shahmi dan Imran bin Saifurrahman.

BERITA

SITIAWAN – Seramai 224 pelajar dari sekolah rangkaian dan rakan Musleh seluruh negara yang merupakan anggota badan beruniform Kadet Remaja

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kurikulum, Centre of Learning Excellence (CLE), dengan kerjasama Al-Ameen Serve Holdings telah mengadakan

BERITA

GOMBAK, 14 Jan – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia (GaPIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

BERITA

GOMBAK – Buat julung-julung kalinya, Majlis Tautan Ukhuwah (MTU) berkonsep ‘high-tea reunion’ telah diadakan bagi mengumpulkan alumni yang pernah mendapat

BERITA

SERI KEMBANGAN, 31 Dis – Bagi menyelaras dan memperkasa item-item pentaksiran diniah bagi silibus Tahun 1 seiring konsep pembelajaran peribadi

BERITA

MELAKA – Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kurikulum, Centre of Learning Excellence (CLE), dengan kerjasama Al-Ameen Serve Holdings telah mengadakan sesi