Lawatan Mahabbah Yayasan Pendidikan Islam Terpadu Insan Kamil Sidoarjo, Indonesia ke Pejabat IKRAM Musleh

SERI KEMBANGAN – IKRAM Musleh telah menerima lawatan mahabbah daripada pihak pengurusan Yayasan Pendidikan Islam Terpadu Insan Kamil Sidoarjo, Indonesia (YPIT Insan Kamil) pada pagi semalam di sini.

YPIT Insan Kamil yang diketuai oleh Pengerusi Yayasan, Jujuk Rusdianah bersama 3 orang ahli itu tiba di Pejabat Urusan IKRAM Musleh dan disambut oleh Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Rombongan mereka ke Malaysia ialah di bawah Projek Sister School dan telah merancang lawatan kali ini bersama pelajar-pelajar sekolah menengah berumur 13-15 tahun untuk mengunjungi SMI Hira’ Jeram, Maahad Tahfiz As-Sa’adiyyah dan SRI Al-Amin Cheras Selatan.

Di samping itu, mereka juga berharap dapat melawat dan menjalinkan silaturahim dengan lebih banyak sekolah rangkaian IKRAM Musleh yang lain pada masa akan datang dan menjemput pihak IKRAM Musleh mengunjungi YPIT Insan Kamil dan institusi-institusi di bawahnya.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble