BANGI – “Keperluan pendidikan Islam pada masa sekarang sangat berbeza dengan masa dahulu. Segala kemudahan yang ada untuk menjamin keperluan generasi hari ini perlu digunakan sebaik mungkin dan saya percaya IKRAM sangat mampu untuk menyediakan keperluan ini.”
Begitu ujar Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM, Tuan Bukhari Md Akhir semasa menyampaikan ucapan perasmiannya dalam Majlis Anugerah IKRAM Musleh 2023 yang telah berlangsung pada Sabtu di sini.Tambahnya lagi, gabungan antara ibu bapa, guru, sekolah dan pelajar itu sendiri juga sangat penting dalam usaha memenuhi keperluan pendidikan Islam ini.
“Tanpa sokongan ibu bapa, tanpa kerjasama daripada pelajar itu sendiri, kita tidak akan mampu melahirkan pelajar yang cemerlang daripada pelbagai aspek,” katanya.
Perincian Anugerah
Dalam perkembangan berkaitan, majlis anjuran IKRAM Musleh itu meraikan dan mengiktiraf pencapaian seramai 47 penerima anugerah yang terdiri daripada 23 pelajar dan 24 guru yang membolehkan mereka membawa pulang sijil, plak iringan dan hadiah wang tunai.
Sebanyak 10 anugerah untuk pelajar sekolah menengah diwujudkan. Antaranya, Anugerah Sa’ad Bin Abi Waqqash bagi kategori tokoh kokurikulum terbaik, Anugerah Al-Ghazali bagi kategori tokoh sahsiah terpuji, Anugerah Al-Khawarizmi bagi kategori tokoh kreatif dan inovatif dan Anugerah Umar Al-Khattab bagi kategori tokoh kepimpinan. Tidak ketinggalan juga, Anugerah Tokoh Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) dan Anugerah Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM).
Sementara itu, Anugerah Ikon Guru pula dianugerahkan kepada para guru sekolah rendah dan sekolah menengah rangkaian IKRAM Musleh dari seluruh negara yang telah dinilai dari sudut sumbangan dan komitmen mereka dalam pelbagai aspek pendidikan merangkumi kemampuan dan kelayakan, sosialisasi dan kemasyarakatan serta peranan mereka dalam memartabatkan pendidikan Islam.Rahmatan Lil ‘Alamin
Di samping itu, Timbalan Pengerusi JK Pendidikan IKRAM, Dr. Hjh. Kamaliah Noordin dalam ucapan penutup menyatakan pesanan dan harapannya agar para pelajar yang mengikuti acuan pendidikan Islam serta konsep sekolah rahmah yang sejajar dengan perkembangan semasa ini membawa impak yang positif kepada negara.
“Diharapkan para pelajar yang telah dilahirkan ini menjadi orang yang sangat relevan kepada pembinaan negara. Sematkan dalam hati masing-masing untuk membawa mesej dakwah rahmatan lil ‘alamin kepada seluruh pelosok dunia dan integrasikan konsep ini dalam setiap aspek kehidupan,” ujarnya.
Terdahulu, Pengerusi JK Pendidikan IKRAM merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah IKRAM Musleh, Prof. Dr. Omar Yaakob turut menzahirkan penghargaannya kepada semua pihak yang telah bekerjasama sebagai tulang belakang kepada sistem pendidikan Islam.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Pengerusi Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Ustaz Isharuddin Ismail, Yang Di-Pertua IKRAM Selangor merangkap Pengerusi JK Pendidikan Negeri Selangor, Prof. Madya Dr. Muhammad Azhar Zailani, barisan pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, guru besar dan pengetua serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.
Senarai Penuh Penerima Anugerah
Anugerah Pelajar Unggul IKRAM Musleh
1. Muhammad Mus’ab Umaiyr Bin Suryani dari SMI Hidayah Johor Bahru
2. Hazirah Binti Mohd Zarhamdy dari SMI Hidayah Johor BahruAnugerah Sa’ad Bin Abi Waqqash (Kokurikulum Terbaik)
1. Wafa Maisarah binti Muhammad Na’im dari SMI Al Azhar Jitra
2. Siti Najwa Nasuha Binti Ab Aziz dari SMI Aman Kota BharuAnugerah Al-Ghazali (Sahsiah Terpuji)
1. Ahmad Faishal Bin Abdullah Asuhaimi dari SMI Hidayah Johor Bahru
2. Aleya Amanda Binti Mohd Noh dari SMI Hidayah Johor Bahru
Anugerah Zaid Bin Thabit (Hafazan Terbaik)
1. Syed Luqman Bin Syed Noh dari SMI Hira’ Jeram
2. Sumaiyyah Binti Bharuddin dari SMI Hira’ Jeram
Anugerah Tokoh KRSM
1. Wan Muhammad Bin Wan Zulkipli dari SMI Aman Kota Bharu
2. Mohamad Hakimi Bin Mohamad Husaini dari SMI Hidayah Johor BahruAnugerah Umar Al-Khattab (Tokoh Kepimpinan)
1. Iffah Amaanilah Binti Mohd Khairulnizam dari SMI Usahawan Al-Amin
2. Asma’ Amanina Binti Baharin dari SMI Hidayah Johor BahruAnugerah Abdul Rahman Bin Auf (Tokoh Keusahawanan)
1. Abu Bakar As Siddiq Bin Hanaffy dari SMI Hidayah Johor Bahru
2. Ahmad Fidaa’ Bin Ahmad Fadhli dari SMI Sri Al-Amin BangiAnugerah Al-Khawarizmi (Tokoh Kreatif Dan Inovatif)
1. Asma’ Binti Mohd Syahir dari SMI Al-Azhar Jitra
2. Syed Abdullah Bin Ahmad Alhadad dari SMI Usahawan Al-Amin
Anugerah Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM SMI)
1. Hazirah Binti Mohd Zarhamdy dari SMI Hidayah Johor Bahru
2. Fatin Damia Binti Mohamad Zulkefli dari SMI Usahawan Al-Amin
3. Haili Hani Binti Irwan Wira dari SMI Al-Irsyad
4. Puteri Aqilah Hanani Binti Azman dari SMI Al-Amin Kuching
5. Wan Abdul Hannan Bin Wan Azman dari SMI Al-Amin Kemaman
6. Maryam Jamilah Binti Abdul Razak dari SMI Sri Al-Amin Bangi
7. Afiq Nublanzaki Bin Nor Azman dari SMI Al-IkramAnugerah Ikon Guru:
- Nurul Husniyah Binti Ali dari SRI Al-Azhar Jitra
- Nur Farhana Syazwani Binti Mohd Nabil dari SRI Al-Azhar Jitra
- Nurul Ainiyyah Binti Abdul Razak dari SRI Al-Azhar Jitra
- Nooridayu Binti Johari dari SRI Al-Azhar Jitra
- Muhammad Riduan Bin Abdullah Hashim dari SRI Al-Azhar Jitra
- Sufbri Bin Karmin dari SRI Hidayah Johor Bahru
- Zaidahtul Nazira Binti Mohd Ali dari SRI Hidayah Johor Bahru
- Nor Laila Binti Paralan dari SRI Hidayah Johor Bahru
- Rosiah Binti Ariff dari SRI Hidayah Johor Bahru
- Sanati Binti Ab Kadir dari SRI Hidayah Johor Bahru
- Nik Siti Lailawati Binti Nik Mat dari SRI Sri Al-Amin Bangi
- Tengku Shazreena Binti Tengku Yacaob dari SRI Sri Al-Amin Bangi
- Muhammad Ikbal Bin Ismail dari SRI Al-Itqan
- Mohamad Ariff Bin Dzolkiple dari SRI Al-Itqan
- Aniza Binti Mamat dari SRI Al-Amin Kemaman
- Nor Rosnah Binti Saad dari SRI Al-Islah Sungai Petani
- Muhammad Fadhil Bin Mahmud Fakri dari SRI Hira’ Klang
- Azri Bin Ali dari SMI Hidayah Johor Bahru
- Norzahriah Binti Mukibah dari SMI Hidayah Johor Bahru
- Hilsha Binti Hashim dari SMI Hidayah Johor Bahru
- Zunainah Binti Jemenin dari SMI Aman Kota Bharu
- Sazalina Binti Abullah dari SMI Aman Kota Bharu
- Luqman Hakim Bin Patthi dari SMI Sri Al-Amin Bangi
- Sahri Bin Usman dari SMI Usahawan Al-Amin