LKD 14: Bina Pelapis Du’at, Asah Bakat Memimpin

HULU LANGAT – Sela masa yang agak panjang selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir sehingga kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) perlu dimanfaatkan dan diisi dengan sebaik mungkin.

Maka atas sebab itu, Latihan Kader Du’at (LKD) ini telah dirangka oleh Bahagian Tarbiah IKRAM Musleh dengan kerjasama Kader Du’at Musleh (KDM) dan IKRAM Muda Malaysia serta telah diadakan saban tahun untuk mengisi keperluan tarbiah para pelajar lepasan SPM sekolah-sekolah IKRAM Musleh.

“Alhamdulillah. Tahun ini LKD telah memasuki siri ke-14 penganjurannya merentas dua buah negara, Malaysia dan Indonesia,” demikian ujar Penasihat Umum KDM, Dayang Nurhayani Amir.

Tambahnya lagi, melalui pelbagai bentuk pengisian dan aktiviti menarik seperti pembinaan pasukan, daurah, jaulah, perkhemahan, bakti sosial, ziarah ilmiah dan tadabbur alam, pelaksanaan LKD ini merupakan salah satu usaha bagi memastikan aspek tarbiah seiring bakat dan kemahiran kepimpinan yang lain dapat diasah dan dibentuk secara holistik dan utuh dalam kalangan peserta.

Di samping itu, Pengarah LKD XIV, Muhammad Hanif Mohd Noor berkata bahawa mereka berharap agar jiwa-jiwa yang mengikuti perjalanan program ini sama ada secara langsung atau tidak, mampu berusaha menyumbang dari sudut amal perkataan dan perbuatan.

“Umar Al-Khattab menginginkan seluruh alam ini agar dipenuhi dengan pemuda seperti Salim, Abu Ubaidah dan Muaz bin Jabal. Maka ketahuilah, inilah juga usaha yang cuba diimplementasikan untuk membina generasi muttaqin. Mudah-mudahan amal yang kecil ini disusuli dengan keikhlasan kita semua seterusnya menjadikan kita terus istiqamah berada di atas jalan dakwah ini dengan taufiq, hidayah dan rahmat Allah,” tulisnya.

Sementara itu, LKD XIV yang telah melabuhkan tirainya pada Khamis, 1 Jun lalu menyaksikan seramai 86 orang peserta daripada 13 buah sekolah menengah rangkaian IKRAM Musleh terlibat.

Majlis penutup LKD XIV telah dirasmikan oleh Naib Ketua IKRAM Muda Malaysia, Ammar Shahrin.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh merangkap Ketua Bahagian Tarbiah IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Pengerusi Majlis Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Ustaz Isharuddin Ismail.

LKD 14 atau dikenali juga sebagai LKD XIV ini telah berlangsung di Kingfisher Adventures, Hulu Langat selama tiga minggu bermula 12 Mei lalu sebelum para peserta berangkat ke Medan, Indonesia pada 19 Mei dan kembali semula ke tanah air pada 26 Mei bagi menjalani baki tempoh program sehingga 1 Jun.

Gambar dan video LKD 14: https://www.instagram.com/traveloglkdxiv/

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble