Guru Besar SRI Al-Amin Kerteh Terima Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan Sekolah Swasta Terengganu 2026

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan Siti Zabedah T Mohamed, menerima Anugerah Khas Pendidikan bagi kategori Kepimpinan Sekolah Swasta pada Majlis Apresiasi Guru MADANI Peringkat Negeri Terengganu 2026, yang berlangsung semalam, di sini.

Majlis anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu itu diadakan sebagai penghargaan kepada para pendidik dan warga pendidikan yang terus melaksanakan amanah mendidik serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan di negeri Terengganu.

Majlis tersebut turut dihadiri dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang dalam amanatnya mengingatkan para guru agar terus memainkan peranan sebagai penyampai maklumat yang tepat kepada masyarakat dan para pelajar.

Dalam perkembangan sama, pelbagai anugerah turut disampaikan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, sumbangan dan dedikasi para pendidik di Terengganu dalam memastikan pengurusan pendidikan yang berkualiti, berkesan dan berteraskan pembangunan potensi murid.

Pihak sekolah dalam kenyataannya menyebut, pengiktirafan ini tentunya menjadi satu momen yang disyukuri. Ia juga menjadi penghargaan kepada usaha yang dilaksanakan secara bersama oleh para guru dan seluruh warga sekolah dalam mendidik dan membimbing para murid.

Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Puan Siti Zabedah serta seluruh warga SRI Al-Amin Kerteh atas pengiktirafan yang diterima.

Semoga penghargaan ini terus menjadi suntikan semangat kepada beliau dan seluruh warga SRI Al-Amin Kerteh dalam meneruskan amanah mendidik dengan penuh dedikasi, serta bersama-sama menyumbang kepada usaha pembinaan generasi yang berilmu, berakhlak dan dekat dengan nilai-nilai Rabbani.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod