50 Pegawai KRS Musleh Ditauliah Pangkat Leftenan Muda

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus dan Pentauliahan Pangkat (KPP) Leftenan Muda KRS Musleh 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula pada 1 September sebelum berakhir pada 4 September 2026 di Rindu Alam, Kampung Baharu di sini.

Kursus tersebut menghimpunkan 90 pegawai KRS Musleh dari seluruh negara yang terdiri daripada 28 pegawai lelaki dan 62 pegawai wanita, bagi memperkukuh kompetensi kepimpinan, pengurusan, disiplin serta kemahiran kepengurusan dalam kalangan pegawai KRS Musleh.

Sepanjang KPP, para pegawai mengikuti pelbagai pengisian yang merangkumi aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, disiplin serta pembentukan nilai dan jati diri.

Pengisian tersebut turut memberi penekanan kepada kesiapsiagaan pegawai dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai anggota penggerak KRS Musleh.

Selain pengisian berbentuk pembangunan kompetensi, kursus berkenaan turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama antara pegawai KRS Musleh yang mewakili sekolah dan kawasan masing-masing.

50 Pegawai Terima Pentauliahan

Kemuncak KPP disusuli dengan Majlis Perasmian Penutup dan Pentauliahan Pangkat Leftenan Muda KRS Musleh yang telah disempurnakan oleh Penaung KRS Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Dalam majlis tersebut, seramai 50 pegawai menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh sebagai pengiktirafan terhadap penyertaan dan kesiapsiagaan mereka untuk memikul tanggungjawab.

Pentauliahan itu turut mencerminkan usaha berterusan KRS Musleh dalam membangunkan barisan pegawai yang mempunyai keupayaan kepimpinan, disiplin dan kompetensi bagi menyokong pelaksanaan aktiviti serta pembangunan sahsiah anggota KRS Musleh khususnya dalam kalangan generasi muda.

Sehubungan itu, pegawai yang ditauliahkan diharap dapat memainkan peranan secara lebih berkesan sebagai pemimpin, pembimbing dan penggerak KRS Musleh di sekolah masing-masing, selaras dengan aspirasi untuk membentuk generasi yang berdisiplin, berilmu, beriman dan mempunyai jati diri.

Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh 2026

Dalam perkembangan sama, Ujian Kenaikan Pangkat (UKP) Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh 2026 turut berlangsung di D’Amer Chalet, Kampung Baharu, bermula 2 September sehingga 4 September 2026.

Dalam ucapan perasmian pembukaan, Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan KRS Musleh, Lt. Kol. KRS Saiful Jamsyir Mohamad Hakim berkata, menurut rekod pendaftaran, UKP kali ini melibatkan seramai 954 peserta daripada 39 buah sekolah dari seluruh negara.

Penganjuran ujian tersebut menjadi antara platform penting dalam menilai tahap pencapaian, disiplin dan kesiapsiagaan peserta untuk melayakkan kenaikan pangkat anggota dalam TKRS Musleh.

Penganjuran KPP Leftenan Muda KRS Musleh 2026 menjadi antara inisiatif penting dalam memperkukuh kapasiti pengurusan dan kepimpinan KRS Musleh manakala UKP Sarjan TKRS Musleh turut menyokong usaha Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) dalam memperkasa ekosistem pendidikan dan pembangunan sahsiah murid secara menyeluruh.

Sumber: krsmusleh.com

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),