Murid SRI Al-Amin Cyberjaya Wakili Malaysia di Kejohanan Catur Dunia 2026

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cyberjaya (SRIAAC) yang mewakili Malaysia untuk kategori bawah 9 Tahun (U9) di FIDE World U7–U17 Championships 2026 bertempat di Roquetas de Mar, Sepanyol.

Kejohanan yang berlangsung bermula 12 Oktober lalu itu menghimpunkan pemain catur dari pelbagai negara, sekali gus menjadi medan persaingan antarabangsa yang menguji kemahiran, ketajaman pemikiran, strategi dan ketahanan mental para peserta.

Setakat tamat pusingan kelapan daripada 11 pusingan semalam, ‘Ayshah Sakeenah mencatatkan lima kemenangan dengan mengumpul 5.5 mata dan menduduki tempat kelima daripada keseluruhan 40 peserta dalam kategorinya.

Penyertaan beliau di kejohanan bertaraf dunia ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga sekolah, malah turut membawa nama Malaysia dan rangkaian pendidikan Musleh ke persada antarabangsa.

Terdahulu, ‘Ayshah Sakeenah turut mencatatkan kejayaan dalam Commonwealth Schools Chess Championship 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 4 hingga 12 Oktober 2026, apabila meraih tiga pingat dalam kategori berpasukan perempuan Bawah 9 Tahun (U9), iaitu pingat perak bagi Rapid Girls U9 Team serta dua pingat gangsa masing-masing bagi Classical Girls U9 Team dan Blitz Girls U9 Team.

Seluruh warga MIEB mendoakan agar ‘Ayshah Sakeenah dikurniakan ketenangan, kekuatan dan ketajaman pemikiran untuk menghadapi baki pusingan pertandingan. Semoga pengalaman berharga ini menjadi bekalan yang baik dalam perjalanan beliau, sama ada dalam sukan catur mahupun kehidupan.

Kejohanan dijadualkan berakhir pada 22 Oktober depan.

Sumber: Facebook SRI Al-Amin Cyberjaya

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis