CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod bermakna dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) apabila meraih pencapaian cemerlang dalam CIPTR1X International Competition 2026 (World Future Championship) yang telah melabuhkan tirainya pada Ahad, 4 Oktober lalu, di Multimedia University (MMU).
Rezeki nyata memihak kepada dua pasukan delegasi muda dari SMI Al-Islah ini apabila mereka berjaya meraih tempat pertama dan kedua dalam acara Drone Transporter kategori Menengah Rendah.
Lebih manis, Pasukan Omicron Islah yang diwakili oleh Muhammad Umar Anas Khairil Anas, 15 dan Naufal ‘Imran Norkhirijal, 15 berjaya mempertahankan kedudukan teratas (Gold) di pentas antarabangsa tersebut selepas meraih Tempat Pertama dalam kejohanan sama di peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 11 September lalu di MRSM Johor Bahru.
Sementara itu, pasukan Zeta Islah yang dianggotai oleh Siti Nur Atikah Khairul Akmal, 15 dan Husna Farisha Mohd Shukri, 15 mempamerkan peningkatan luar biasa dengan melonjak dari kedudukan kelima di kejohanan peringkat kebangsaan yang lalu sebelum menduduki Tempat Kedua (Silver) di peringkat antarabangsa.
Dua lagi pasukan, Lambda Islah dan Epsilon Islah, masing-masing menamatkan saingan sengit dalam persaingan tersebut di kedudukan keempat dan kelima terbaik keseluruhan.
Terdahulu di peringkat kebangsaan, Lambda Islah menduduki tempat ketiga, Epsilon Islah di tempat keempat manakala Zeta Islah di tempat kelima.
Pertandingan yang menemukan pelbagai institusi pendidikan dari dalam dan luar negara ini menyaksikan keupayaan anak-anak didik Musleh ini mengaplikasikan kemahiran teknikal mereka dengan penuh tenang dan berstrategi.
Mengulas mengenai kejayaan berganda ini, pihak SMI Al-Islah dalam kenyataannya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kejayaan yang dirangkul oleh semua pasukan yang terlibat.
Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru pembimbing utama serta barisan guru pengiring yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi membentuk dan membimbing keupayaan teknikal para pelajar sejak dari peringkat awal lagi.
Di samping komitmen guru, sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa, pihak pengurusan, dan seluruh warga kerja sekolah juga disifatkan sebagai tulang belakang utama di sebalik kemenangan ini.
Pihak MIEB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan seluruh warga sekolah dan pencapaian ini diharapkan menjadi pemangkin motivasi kepada semua untuk terus meneroka ilmu STEM dengan lebih mendalam agar dapat dimanfaatkan secara kritis dan berdaya saing.
Dalam perkembangan berkaitan, salah sebuah sekolah rakan MIEB, Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Kuantan turut merangkul Tempat Pertama (Gold) dalam acara Slow Moving Ball kategori Rendah Atas melalui adik Muhammad Qamaruddin Athif Muhammad Izzat dari pasukan SRAI Innovators dan Tempat Kedua (Silver) dalam acara Marksmanship kategori sama melalui adik Ahmad Zarif Zulkhari dari pasukan SRAI TechTitans.
Senarai pemenang: https://steam.edu.my/competition/leaderboard/international
Kredit foto: Pusat Pendidikan Al-Islah Sg. Petani
CIPTR1X 2026: SMI Al-Islah Rangkul Juara Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Acara Drone Transporter
Kongsikan...
Baca Seterusnya?
BERITA
KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge
BERITA
KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala
BERITA
SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan
BERITA
KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam
BERITA
SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak
BERITA
KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,
No. Syarikat: 200001010796 (513402-W)
No. TIN: C10620376020
E-mel: [email protected]
No. Tel: +601 6241 0277
Alamat: 6-1, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Waktu bekerja:
9.00 pagi - 5.30 petang
Waktu rehat:
12.45 - 2.00 petang (Isnin-Khamis)
12.30 - 2.30 petang (Jumaat)
