SMI Al-Amin Kuching Serlah Bakat STEM di Pentas Antarabangsa

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge 2026 (iSBMC ’26) yang berlangsung selama dua hari sebelum berakhir pada Khamis, 1 Oktober lalu di Politeknik Kuching, Sarawak.

Dalam penyertaan tersebut, pasukan yang diwakili oleh Muhammad Haffiz Jamri, Aisha Lyana Airwan dan Irdina Aqilah Hamizan berjaya memperoleh Achievement Silver bagi Kategori B.

Lebih daripada pencapaian yang diraih, penyertaan ini memberikan ruang kepada para pelajar untuk mendapatkan pengalaman baharu, menguji kemahiran menyelesaikan masalah serta belajar bekerja sebagai satu pasukan dalam suasana pertandingan yang melibatkan peserta dari pelbagai institusi.

iSBMC 2026 turut menyediakan pendedahan kepada elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui aktiviti yang mencabar pemikiran, ketelitian dan kreativiti para peserta.

Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Lembaga Juruukur Tanah Sarawak, Persatuan Alumni Politeknik Kuching dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, pertandingan ini telah berkembang ke peringkat antarabangsa dan menghimpunkan ratusan peserta daripada institusi pendidikan di dalam dan luar negara.

Penganjuran tahun ini turut memperlihatkan penyertaan antarabangsa dari Indonesia dengan penyertaan 393 peserta, termasuk 279 pelajar sekolah, sekali gus menyediakan ruang kepada para pelajar untuk menimba pengalaman dalam suasana pembelajaran yang lebih luas dan mencabar.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Haffiz, Aisha Lyana dan Irdina Aqilah atas pencapaian yang diperoleh. Semoga penyertaan di pentas antarabangsa ini menjadi wasilah tarbiah yang memperkaya ilmu, membina jati diri dan memupuk kesediaan para pelajar untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

Sumber: Facebook SM Al-Amin Kuching

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Kamaruzaman Che Ya yang akan mewakili

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod