SRI I-Musleh Raih Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran IPIS Terbaik Negeri Melaka

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Terbaik sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1448H/2026M dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul pada Sabtu, 29 Ogos lalu.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam diiringi Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.

Pihak sekolah dalam kenyataannya menyifatkan pengiktirafan ini sebagai satu penghormatan bermakna buat seluruh warga sekolah atas komitmen dalam memperkukuh pengurusan dan pentadbiran institusi pendidikan.

Penerimaan anugerah berkenaan turut mencerminkan usaha sekolah dalam memastikan pengurusan sekolah dilaksanakan secara sistematik, tersusun dan berterusan bahkan menjadi sebahagian daripada amanah dalam menyediakan persekitaran pendidikan yang kondusif untuk perkembangan murid secara menyeluruh.

Justeru, setiap penambahbaikan yang dilaksanakan di peringkat pengurusan diharapkan dapat menyokong penyampaian pendidikan yang lebih baik serta memberi manfaat kepada murid, ibu bapa dan komuniti.

Pencapaian ini juga merupakan hasil komitmen dan kerjasama seluruh warga sekolah, khususnya barisan pengurusan, barisan Penolong Kanan (PK), guru-guru serta staf. Kesungguhan setiap warga sekolah dalam melaksanakan amanah dan memainkan peranan masing-masing menjadi antara kekuatan yang menyumbang kepada pencapaian tersebut.

Musleh Integrated Education Berhad merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga sekolah atas pencapaian tersebut. Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk terus memperkukuh kecemerlangan pengurusan dan pendidikan, selaras dengan aspirasi Musleh dalam membina generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod