SMI Hidayah Johor Dinobat Johan Grand Sumo Rumble Kebangsaan 2026

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble Kebangsaan 2026 yang berlangsung di USJ Subang Jaya Mall pada Ahad, 23 Ogos lalu.

Pasukan GUIDANCE diwakili oleh lapan pelajar dari SMI Hidayah Johor Bahru, iaitu Abdullah Aqeel Azarisman Shah, Muhammad Qushayyi Shahirrul Haqim, Iyaaz Luqman Mohd Faiz, Umar Amirasyid, Adlan Hamizan Husni Azam, Muhammad Uthman Al-Affan Muhammad Muslim, Afiq Syamil Md Rahmat dan Muhammad Qaualhaq Shahirrul Haqim.

Pihak sekolah dalam kenyataannya berkata, pengalaman tersebut memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan kepada penyelesaian praktikal serta membina kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran selain membina keyakinan, daya tahan dan kemahiran bekerja secara kolaboratif.

Dalam pertandingan berkenaan, para peserta dicabar untuk menggabungkan aspek reka bentuk, pengaturcaraan, kawalan robot serta strategi bagi berhadapan dengan pasukan lawan.

Kejayaan dalam pertandingan sebegini memerlukan bukan sahaja penguasaan aspek teknikal, malah ketelitian, kepantasan membuat keputusan dan keupayaan menyesuaikan strategi mengikut keadaan.

Pada masa yang sama, penyertaan sekolah dalam pertandingan robotik menjadi sebahagian daripada usaha memperkasa pembelajaran berasaskan pengalaman dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Musleh Integrated Education Berhad merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan pasukan GUIDANCE, guru pembimbing dan warga sekolah atas kejayaan tersebut.

Pencapaian ini diharapkan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasa pendidikan STEM, robotik dan inovasi dalam kalangan pelajar, sekali gus membuka lebih banyak ruang untuk anak-anak Musleh mengembangkan potensi dan bersaing di peringkat lebih tinggi.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis