iBecome Terus Diperkasa, Sektor Penyelidikan dan Pembangunan Perkaya Bank Item serta Perluas Kepakaran Penggubal

SERI KEMBANGAN – Centre for Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) melalui Sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) terus memperkasa instrumen pentaksiran International Quality Range Assessment (iBecome) menerusi Bengkel Penggubalan Item iBecome yang berlangsung semalam di Dewan Utama IKRAM di sini.

Bengkel sehari itu dianjurkan bagi menambah bilangan item dalam bank item iBecome berdasarkan 11 konstruk yang ditetapkan, di samping memperluas kumpulan pakar penggubal item serta membangunkan item baharu yang bersesuaian untuk pelajar berusia 12 dan 16 tahun.

Seramai 23 penggubal dari sekolah rendah dan menengah rangkaian Musleh serta Institusi Pendidikan IKRAM (IPI) berkaitan terlibat dalam bengkel tersebut termasuk Sekolah Rendah Islam (SRI) Integrasi Hira Rawang, SRI Al-Amin Kemaman, SRI I-Musleh, SRI Al-Islah Sungai Petani, SRI Hidayah Batu Pahat dan Johor Bahru, SMI Hidayah Johor Bahru dan SMI Al-Amin Kemaman.

Antara pengisian utama bengkel ialah sesi analisis item bagi mengenal pasti ciri-ciri item yang baik dan kurang baik, diikuti sesi penggubalan item iBecome secara berkumpulan. Para peserta turut membentangkan item yang dibangunkan untuk mendapatkan pandangan dan penambahbaikan bersama.

Selain proses penggubalan item, peserta turut diberikan taklimat berkaitan Sijil iBecome dan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan pentaksiran tersebut.

Bengkel ini mencerminkan usaha berterusan MUSLEH dalam memastikan instrumen iBecome terus diperkasa dari semasa ke semasa melalui penglibatan pendidik sebagai penggubal item.

Di samping itu, penglibatan tersebut juga membuka ruang kepada perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam menghasilkan item yang lebih sesuai dengan tahap perkembangan serta keperluan pelajar.

Melalui pengembangan bank item yang sistematik dan penglibatan lebih ramai penggubal, iBecome diharapkan dapat terus berfungsi sebagai instrumen pentaksiran yang berkualiti dalam menyokong usaha MUSLEH menilai perkembangan dan pembentukan pelajar secara holistik.

Turut hadir, penyelidik dan fasilitator, Dr Khodori Ahmad serta Dr. Hanizah Hamzah, Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Pegawai Penolong Penyelidik CLE, Abdullah Fatih Jaafar.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod