SRI Al-Ikram Raih Dua Pengiktirafan Pendidikan Peringkat Daerah Seberang Perai Utara

SEBERANG PERAI UTARA, 19 Ogos – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Ikram, salah sebuah sekolah rendah rangkaian Musleh, atas kejayaan menerima dua pengiktirafan pendidikan melalui dua orang warga pendidiknya pada peringkat daerah Seberang Perai Utara.

Pengiktirafan tersebut disampaikan sempena Majlis Apresiasi Pendidikan 2026 Peringkat Daerah Seberang Perai Utara anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Utara, yang turut menghargai sumbangan serta kecemerlangan warga pendidikan dalam memperkasa ekosistem pendidikan di daerah berkenaan.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Hafiz Mohd menerima Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan Swasta 2026, manakala Suria Mat Radzi dianugerahkan Anugerah Guru Berwibawa (Guru Sekolah Swasta Berwibawa) 2026.

Pihak sekolah dalam kenyataannya menyifatkan kedua-dua pengiktirafan ini lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, bahkan turut menjadi cerminan kepada komitmen warga sekolah dalam memastikan pendidikan yang berkualiti terus diberikan kepada murid.

Pada masa sama, usaha membangunkan pendidikan yang berteraskan nilai, ilmu dan pembentukan insan turut terzahir melalui kecemerlangan serta sumbangan warga sekolah di lapangan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin buat kedua-duanya untuk terus melangkah dengan penuh tawaduk, istiqamah dan komitmen dalam medan pendidikan.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis