Alumni SMI Al-Amin Gombak Raih Anugerah Emas PASUM di Malam Emas ASASI Universiti Malaya

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad merakamkan ucapan tahniah kepada Abdullah ‘Ulwan Ammar, alumni SMI Al-Amin Gombak, atas kejayaan menerima Anugerah Emas Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) sempena Majlis Malam Emas ASASI PASUM yang berlangsung pada 3 Mei baru-baru ini.

Anugerah Emas PASUM adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada pelajar cemerlang berdasarkan pencapaian akademik terbaik sepanjang pengajian di Universiti Malaya.

Abdullah Ulwan yang pernah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sewaktu di SMI Al-Amin Gombak, membuktikan kesinambungan prestasi gemilang beliau di peringkat universiti.

Sepanjang di sekolah, beliau dikenali sebagai pelajar yang aktif dan konsisten dalam pelbagai bidang, serta sering menerima pengiktirafan atas pencapaian akademik dan kepimpinan.

Kejayaannya membuktikan kemampuan pelajar daripada institusi pendidikan Islam swasta di Malaysia bersaing di peringkat nasional.

Musleh Integrated Education Berhad mendoakan agar Abdullah ‘Ulwan terus berjaya dalam pengajian peringkat seterusnya serta menjadi inspirasi kepada para pelajar, alumni, serta warga Musleh untuk terus mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah di peringkat yang lebih tinggi.

Sumber: @meapasum

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam