Konvokesyen SPAIM Zon Utara: 21 Guru Terima Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan dalam Majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) Zon Utara 2026 yang berlangsung di Dewan Al-Banna, Pusat Pendidikan Al-Islah, di sini, pada Sabtu, 19 September lalu.

Para graduan yang berjaya menamatkan pengajian serta memenuhi semua keperluan pensijilan bagi SPAIM Sesi 2024/2025 itu terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Ikram, SRI Al-Azhar, SRI Al-Itqan, SRI Al-Islah, Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Itqan dan SMI Al-Azhar.

Majlis tersebut menjadi wadah untuk meraikan pencapaian para guru yang telah melengkapkan pengajian ikhtisas, di samping mengiktiraf komitmen mereka dalam memperkukuh ilmu, kemahiran dan profesionalisme sebagai pendidik, di samping terus melaksanakan amanah mendidik dan membimbing para murid di sekolah masing-masing.

Antara graduan yang mencatat pencapaian membanggakan ialah Muallimah Norliza Nawawi, wakil tunggal dari SMI Al-Itqan yang menerima tiga pengiktirafan, iaitu Anugerah Al-Ghazali, Anugerah Akademik Terbaik dan Anugerah Praktikum Terbaik.

Sementara itu, Muallim Ku Sharuddin Ku Hassan dari SRI Al-Itqan pula menerima Anugerah Kajian Tindakan Terbaik.

Bagi kebanyakan graduan, perjalanan menamatkan pengajian SPAIM hadir bersama tanggungjawab yang perlu terus dipikul di sekolah. Selain tuntutan pengajian dan tugasan akademik, perjalanan tersebut turut memerlukan pengurusan masa serta sokongan keluarga.

Sehubungan itu, kejayaan 21 graduan SPAIM Zon Utara ini diharapkan menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus meningkatkan profesionalisme, memperkaya amalan pendidikan dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh dalam mendidik generasi masa hadapan.

Hadir menyempurnakan majlis dan menyerahkan sijil, Pengurus Besar Centre for Learning Excellence (CLE), Dr. Kamaliah Noordin. Turut hadir, Ketua Sektor Latihan CLE, Dr. Azma Mahmood.

Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua 21 graduan SPAIM Zon Utara 2026 atas kejayaan menamatkan pengajian dan memenuhi keperluan pensijilan.

SPAIM merupakan program pengajian ikhtisas yang disediakan khusus untuk guru-guru dalam rangkaian sekolah Musleh di seluruh negara menggabungkan aspek ilmu, kemahiran dan tarbiah bagi membentuk pendidik yang berilmu, berkemahiran serta berakhlak, selari dengan falsafah pendidikan Musleh.

Sumber: Facebook Pusat Pendidikan Al-Azhar

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis