Musleh Terima Kunjungan Hormat dari Majlis Islam Sarawak

SERI KEMBANGAN, 24 Sept – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor menerima kunjung hormat dari Biro Perkhidmatan Pendidikan-Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) yang diketuai oleh Pengarah BPP-MIS, Datu Dr. Haji Julaihi Haji Bujang pagi tadi, di sini.

Selain bertujuan untuk membina jaringan dan jalinan, pertemuan berkenaan turut dirancang untuk perkongsian lebih lanjut mengenai buku Insan Rabbani dan International Quality Range Assessment (IQRA): The Holistic and Integrated Assessment for Insan Rabbani keluaran Sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) MIEB.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah konsep Insan Rabbani, asas-asas konstruknya, ciri-cirinya serta perincian pembinaan indikator kemenjadiannya.

Turut hadir, Ketua Sektor R&D MIEB, Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Ahli Jawatankuasa Sektor R&D MIEB, Dr. Khodori Ahmad. Manakala pihak BPP-MIS turut diwakili oleh barisan pengurusan dan eksekutif. Pertemuan berkenaan tamat sekitar jam 11.30 pagi.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod