Program Jiwa Merdeka: Demi Malaysia dan Al-Aqsa Anjuran Musleh Sebar Mesej Peduli Ummah

SERI KEMBANGAN, 5 Sept – Program Jiwa Merdeka: Demi Malaysia dan Al-Aqsa yang menutup tirainya pada hari ini telah berlangsung dengan baik dan lancar sepanjang Ogos lalu bagi menyebarkan nilai ambil berat dan peduli ummah serta sikap terhadap kemerdekaan dan keamanan tanah air secara tuntas dan jelas dalam kalangan lebih 20, 000 orang murid di 60 buah sekolah rendah dan menengah rangkaian IKRAM Musleh seluruh negara.

Pengarah Program, Ahmad Fadhli Mohd Faudzi berkata, pendidikan tidak hanya melibatkan figura-figura seperti ibu bapa, guru-guru atau subjek dan murid-murid semata-mata tetapi melibatkan sistem pendidikan itu sendiri.

“Salah satu elemen yang besar peranannya dalam sistem pendidikan hari ini ialah elemen bi’ah atau suasana. Jadi, suasana yang cuba diwujudkan melalui penganjuran program ini ialah elemen cakna kepada perkara-perkara yang berlaku di dunia,” ucapnya dalam Majlis Penutup Program dan Pengumuman Pemenang Pertandingan Jiwa Merdeka: Demi Malaysia dan Al-Aqsa yang berlangsung di Dewan Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia pagi tadi, di sini.

Katanya lagi, perasaan kepedulian itu bukan hanya menjadikan kita tahu, tetapi turut memahami apa yang berlaku dan yang lebih penting, bagaimana memberi reaksi melalui amalan dan tindakan berdasarkan apa yang diketahui dan difahami.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj. Shahrul Aman Mohd Saari yang juga merupakan Ketua Kluster Keterlihatan OPS Ihsan dalam ucapannya menegaskan bahawa komitmen terhadap saudara-saudara yang ditindas di bumi Palestin itu tidak akan bernoktah dan OPS Ihsan memberikan sokongan penuh kepada segala usaha yang dijalankan

Program Jiwa Merdeka: Demi Malaysia dan Al-Aqsa yang dilaksanakan bermula 15 Ogos lalu itu merupakan anjuran Sektor Tarbiah Centre of Learning Excellence, Musleh Integrated Education Berhad bersama rakan-rakan muafakat daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia, MyCARE, kelab-kelab di sekolah dan OPS Ihsan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti kempen ‘Hands Off Rafah’, kempen ‘Hands Off Palestine’, program ‘Training for Trainers’, perkongsian Jiwa Merdeka: Teladan dari Gaza untuk Keluarga Kita, Pertandingan Komik, Pertandingan Video Pendek: Sajak dan Pertandingan Video Pendek: Reaksi Gambar Inspirasi telah diadakan di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat sekolah, sementara Pertandingan Lukisan Digital Poster ‘Hands Off Rafah’ masih lagi berlangsung di bawah kelolaan IKRAMTeens Malaysia dan IKRAM Muda.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Pengurus Besar Centre of Learning Excellence, Dr. Kamaliah Noordin, Pengurus Besar Operasi MyCARE, Roha Hassan, barisan Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis