Pendidikan Inovatif Perlu Diusahakan Demi Generasi Tersisih

Ronaldo

Seri Kembangan – Kita memandang serius mengenai generasi yang tersisih dari pendidikan akibat COVID-19. Kebanyakan mereka terdiri daripada kalangan murid yang tiada atau mempunyai capaian yang sangat terhad kepada peralatan dan saluran internet untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).  

Halangan yang besar PdPR ialah talian internet yang kuat serta  gajet.

Oleh kerana capaian media televisyen dan radio lebih meluas  Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memperkasakan TV Pendidikan, dengan menambah kandungan, memperbanyak masa jadual siaran serta membolehkan akses kepada semua termasuk melalui saluran bukan RTM dan Astro seperti Unifi TV, TV3 dan seumpamanya. Penggunaan rangkaian radio yang lebih luas jangkauannya juga boleh dimanfaatkan.

Usaha ini perlu diberi keutamaan khas.

KPM boleh menubuhkan pasukan kerja bagi menggembleng syarikat media swasta, pakar teknologi pendidikan, guru-guru pakar mata pelajaran, tenaga kerja IPG dan warga akademia bagi membina prasarana dan bahan yang sesuai untuk sebaran melalui TV dan radio.

Semoga pendidikan anak bangsa dapat diteruskan dengan sebaik-baiknya.

Profesor Dr. Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Emel: [email protected]

BERITA

MUSLEH SARAN PENDEKATAN HOLISTIK DAN REALISTIK DALAM CADANGAN KAJIAN SEMULA UPSR DAN PT3 Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) menyambut baik

BERITA

Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memansuhkan Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) bermula

BERITA

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius insiden salah laku seksual melibatkan pelajar sekolah yang dilaporkan berlaku baru-baru ini di Melaka.

BERITA

Pertumbuhan populasi pesat di bandar-bandar utama Malaysia telah menimbulkan cabaran besar terhadap sistem pendidikan negara. Kekurangan sekolah rendah dan menengah

BERITA

Perutusan Hari Murabbi Musleh 16 Mei 2025“Murabbi Pemacu Pendidikan Rabbani” بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى

BERITA

Perutusan Hari Murabbi Musleh16 Mei 2024“Murabbi Unggul Peneraju Reformasi Pendidikan Musleh” بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله