MUSLEH Saran Pendekatan Holistik dan Realistik dalam Cadangan Kajian Semula UPSR dan PT3

MUSLEH SARAN PENDEKATAN HOLISTIK DAN REALISTIK DALAM CADANGAN KAJIAN SEMULA UPSR DAN PT3

Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) menyambut baik inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengaktifkan semula wacana nasional berhubung kemungkinan pengembalian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Sebagai sebuah organisasi yang komited secara mendalam terhadap pembangunan ekosistem pendidikan holistik, MUSLEH melihat perkembangan ini bukan sekadar satu perdebatan untuk kembali kepada format peperiksaan lama, tetapi sebagai peluang strategik untuk mentransformasi falsafah pentaksiran negara.

Tumpuan mesti beralih daripada budaya peperiksaan bertekanan tinggi (high-stakes examination culture) kepada sistem yang mengutamakan pembangunan insan, keadilan, berdasarkan data yang bermakna. Justeru, MUSLEH mengemukakan cadangan konstruktif berikut untuk pertimbangan penggubal dasar dan pihak berkepentingan:

1. Anjakan Paradigma: Pentaksiran untuk Pembelajaran, Bukan Sekadar tentang Pembelajaran

Kita mesti beranjak dari  pandangan bahawa pentaksiran hanyalah alat untuk penggredan akademik atau pemeringkatan (ranking).

  • Diagnostik, Bukan Persaingan: Pentaksiran berpusat harus berfungsi sebagai alat diagnostik untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dan jurang pembelajaran—khususnya dalam kemahiran 3M (Membaca, Menulis, dan Mengira)—bagi membolehkan intervensi awal dilaksanakan. Pendekatan pentaksiran untuk pembelajaran (Assesment for Learning) perlu diamalkan di samping pentaksiran tentang pembelajaran (Assesment of Learning)
  • Tamatkan Persaingan “Berorientasikan Peperiksaan”: KPM perlu memastikan pengembalian ujian ini tidak menghidupkan semula persaingan yang tidak sihat. Kami menyarankan agar tiada pengumuman awam mengenai “Sekolah Terbaik” atau pemeringkatan kecemerlangan murid semata-mata berdasarkan keputusan peperiksaan, kerana ini menyimpang daripada tujuan sebenar pendidikan.

2. Reformasi Kandungan: Kefahaman Mengatasi Hafalan

Jika pentaksiran berpusat dikembalikan, formatnya memerlukan rombakan menyeluruh agar kekal relevan.

  • Kedalaman Ilmu: Soalan harus menguji kefahaman mendalam, aplikasi ilmu, dan penghayatan nilai, bukannya hafalan fakta semata-mata. Namun, isu soalan terlalu sukar seperti yang sering dibangkitkan mengenai KBAT perlu diselesaikan.
  • Kesejahteraan Mental: Reka bentuk dasar pentaksiran mesti meletakkan kesihatan mental murid sebagai pertimbangan utama. Penilaian harus direka untuk membina keyakinan dan potensi murid, bukan untuk mencetuskan keresahan atau tekanan.

3. Pelaksanaan: Pemerkasaan Guru dan Inklusiviti

Kejayaan sebarang sistem pentaksiran sangat bergantung kepada kesediaan para pendidik dan infrastruktur sokongan.

  • Dasar Berpaksikan Guru: Suara dan pengalaman akar umbi guru di bilik darjah mesti dijadikan asas kepada dasar ini.
  • Latihan Profesional Sistematik: Guru perlu dilengkapkan dengan latihan profesional bukan sahaja untuk mengendalikan peperiksaan, tetapi untuk mentafsir data pentaksiran secara berkesan bagi menambah baik strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
  • Data Beretika & Teknologi: Kami mencadangkan penggunaan teknologi dan analitik data secara beretika untuk mengenal pasti pola kelemahan murid, membolehkan sokongan bersasar diberikan tanpa melabel atau meminggirkan mana-mana murid.

4. Penglibatan Menyeluruh dan Kajian Impak

Keputusan sebesar ini memerlukan penglibatan yang telus dan bermakna.

  • Kajian Impak Holistik: Kami menggesa KPM untuk menjalankan kajian menilai kesan jangka pendek serta impak jangka panjang terhadap budaya sekolah, serta kebajikan guru dan murid.
  • Dialog Inklusif: Sesi dialog berterusan mesti diadakan bersama guru, ibu bapa, pakar akademik, dan masyarakat sivil bagi memastikan mekanisme yang dipilih adalah adil, seimbang, dan mesra sekolah.

MUSLEH menegaskan bahawa isu UPSR dan PT3 bukan bersifat binari; ia bukan sekadar persoalan “ada peperiksaan atau tiada.” Ia adalah soal kualiti dan tujuan.

Sistem pentaksiran yang teguh ialah sistem yang membimbing murid, membina potensi mereka, dan memupuk keyakinan diri.

MUSLEH bersedia untuk bekerjasama sebagai rakan strategik kepada KPM, menawarkan pengalaman dan komitmen kami demi membina sistem pendidikan Malaysia yang adil, manusiawi, dan bersedia untuk masa hadapan.

Dikeluarkan oleh:
Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH)
www.musleh.edu.my

Tarikh: 11 Januari 2026

BERITA

SERDANG â€“ Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai