Membina Budaya Sekolah Selamat: Tanggungjawab Pendidik dan Implikasi Perundangan

SERI KEMBANGAN – Sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Centre of Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) telah menganjurkan sebuah webinar bertajuk “Penerapan Disiplin dan Budaya Murni di Sekolah: Pengalaman DJZ” pada Rabu, 21 Januari lalu.

Moderator forum, Ng Chai Heng yang juga merupakan Penolong Setiausaha Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dalam ucapan pembukaannya berkata, kerjasama dalam pelaksanaan webinar ini adalah berlandaskan keperluan mendesak untuk menangani peningkatan kes-kes jenayah dan salah laku serius dalam persekitaran sekolah, termasuk gangguan seksual, buli siber serta kes-kes keganasan yang semakin berat dan kompleks.

“Keadaan ini berlaku walaupun pelbagai usaha disiplin dan pendidikan nilai telah dilaksanakan secara berterusan sejak sekian lama (uncontrollable despite years of discipline and education),” katanya.

Tambahnya lagi, hakikat ini menuntut penilaian semula terhadap pendekatan sedia ada serta pengukuhan strategi yang lebih holistik, merangkumi kefahaman perundangan, pematuhan etika profesional dan pembinaan budaya sekolah yang selamat, berdisiplin serta berteraskan nilai murni.

Webinar ini telah menampilkan perkongsian daripada Chan Kheng Fai, Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya merangkap Ahli Jawatankuasa Publisiti Dong Zong, sebagai pembentang utama.

Dalam sesi perkongsiannya, beliau memberi penegasan terhadap peranan dan tanggungjawab pendidik serta usaha pencegahan salah laku di sekolah, termasuk isu buli, gangguan seksual serta kecuaian yang boleh menjejaskan persekitaran pembelajaran.

Selain itu, pembentangannya turut menghuraikan implikasi salah laku dari sudut perundangan di Malaysia, termasuk risiko tindakan undang-undang serta kesan jangka panjang terhadap individu dan institusi pendidikan. Penjelasan ini bertujuan meningkatkan kesedaran pendidik terhadap kepentingan pematuhan kepada etika profesional dan perundangan sedia ada.

Sebelum webinar berakhir, peserta turut didedahkan kepada pengalaman dan pendekatan Dong Zong dalam membentuk budaya disiplin yang sihat melalui pelaksanaan dasar yang jelas, latihan berterusan kepada pendidik serta kerjasama erat antara pihak pengurusan sekolah, guru dan komuniti.

Secara keseluruhannya, webinar ini selari dengan komitmen MUSLEH untuk terus memperkasa kualiti pendidikan serta tadbir urus sekolah demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, berintegriti dan berteraskan nilai murni.

Saksikan rakaman penuh webinar: https://www.youtube.com/watch?v=MTrf1sRxkko

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble