SRI Hidayah Johor Bahru Raih Excellence Islamic Best Practice Award di ICIED 2026

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH), meraih Excellence Islamic Best Practice Award sempena International Conference on Islamic Education (ICIED) 2026 yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari 26 hingga 28 Ogos lalu.

Anugerah di bawah kategori I-BEST 2026 berkenaan diterima menerusi pembentangan amalan terbaik bertajuk “SMART TAHSIN: Memperkasa Kualiti Tilawah al-Quran”, yang mengetengahkan pendekatan sistematik dan berterusan dalam usaha meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan murid.

Kejayaan itu diraih pasukan diketuai Guru Besar SRI Hidayah Johor Bahru, Ustazah Zunaidah Yacob, bersama Dr. Noorzana Khamis, Ustazah Nur Aisyah Ginen, Ustaz Mohamad Nor Herman Sulaiman, Ustaz Halimi Ali Yahad dan Ustaz Mohamad Zahiruddin Abd Kadir.

ICIED 2026 merupakan persidangan berkaitan pendidikan Islam yang menghimpunkan pembentangan idea, kajian dan amalan terbaik dalam bidang pendidikan.

Persidangan berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIIMM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Pendidikan, UUM.

Pihak sekolah dalam kenyataannya berkata, SMART TAHSIN dibangunkan sebagai satu usaha untuk memperkasa kualiti tilawah al-Quran menerusi pendekatan yang tersusun, berfokus dan dilaksanakan secara berterusan, khususnya dalam membantu murid menguasai bacaan al-Quran dengan betul, fasih dan mengikut hukum tajwid.

Pada masa sama, warga SRI Hidayah Johor Bahru turut mencatat satu lagi pencapaian apabila Ustazah Ajda Nuha Ahmad Daniel menerima Bronze Award bagi kategori Anugerah Artikel menerusi pembentangan artikel beliau dalam persidangan berkenaan.

MUSLEH merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga SRI Hidayah Johor Bahru atas kejayaan berkenaan, yang disifatkan sebagai satu pencapaian yang mencerminkan komitmen sekolah dalam memperkukuh kualiti pendidikan Islam menerusi inovasi dan amalan terbaik.

Semoga pencapaian tersebut dapat mendorong warga pendidik dalam rangkaian Musleh untuk terus mengembangkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan Islam.

Sumber: Facebook Sekolah Rendah Islam Hidayah

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble

BERITA

SERI KEMBANGAN – Centre for Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) melalui Sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) terus

BERITA

SEBERANG PERAI UTARA, 19 Ogos – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga Sekolah Rendah

BERITA

SERI KEMBANGAN, 18 Ogos – Jaringan Pendidikan Islam di peringkat serantau terus diperkukuh apabila Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima

BERITA

SERI KEMBANGAN – Peperiksaan bertulis Sijil Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) bagi Sekolah Rendah Islam (SRI) bermula hari ini mengikut