Karnival Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2026: Satukan Masyarakat Pelbagai Kaum, Angkat Bahasa Ibunda Sebagai Warisan Bersama

KUALA LUMPUR – Kepelbagaian bahasa dan budaya di Malaysia terus diraikan menerusi penganjuran Karnival dan Majlis Penyampaian Hadiah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2026, yang menghimpunkan pelajar, pendidik, ibu bapa, pertubuhan masyarakat sivil dan pemimpin pelbagai kaum dan komuniti dalam satu sambutan penuh warna-warni di ibu negara, Sabtu lalu.

Mengangkat tema Bahasa Ibunda: Warisan dan Identiti Kita Bersama, program berkenaan menzahirkan komitmen berterusan penganjur utama dan pelbagai pihak dalam memelihara bahasa ibunda sebagai khazanah budaya, medium pembentukan jati diri dan jambatan perpaduan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Penganjur utama sambutan pada tahun ini terdiri daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (LLG), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia (Tamil Foundation), Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Tuan Yuneswaran Ramaraj, manakala kehadiran Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Manjurul Karim Khan Chowdhury, turut menambah signifikan sambutan yang membawa mesej kepelbagaian bahasa sebagai warisan sejagat.

Turut hadir ialah Pengerusi LLG, Hau Wan Hock; Pengerusi Jawatankuasa Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa Malaysia 2026, Siah Kwong Liang dan Timbalannya, Patrick Tan; Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia, Prof. Dr. Hanim Salleh; Presiden Tamil Foundation, Manogaran Marimuthu; Naib Pengerusi Jiao Zong, Lee Kam Wah serta wakil-wakil NGO, para pendidik dan peserta dari pelbagai latar belakang.

Dalam ucapan alu-aluannya, Siah berkata penganjuran Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa bukan sekadar medan penghargaan terhadap bahasa warisan, tetapi juga platform pendidikan sosial yang mengajak masyarakat memahami bahawa kepelbagaian bahasa ialah kekuatan yang perlu dipelihara bersama.

“Bahasa ibunda bukan hanya alat komunikasi, tetapi membawa bersama memori budaya, nilai, pandangan alam dan identiti sesebuah komuniti. Sebab itu, usaha memeliharanya perlu digerakkan secara kolektif oleh keluarga, sekolah, masyarakat dan negara,” katanya.

Sementara itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam ucapan perasmian menegaskan bahawa pemerkasaan bahasa ibunda wajar dilihat selari dengan agenda perpaduan nasional, khususnya dalam konteks Malaysia yang dibina atas kepelbagaian kaum, budaya dan tradisi.

Beliau berkata, penguasaan dan penghargaan terhadap bahasa ibunda tidak bercanggah dengan usaha membina identiti kebangsaan, sebaliknya memperkaya pengalaman hidup bersama serta menyuburkan sikap saling menghormati antara komuniti.

Karnival itu dimeriahkan dengan pelbagai pengisian yang menampilkan kekayaan bahasa dan budaya masyarakat Malaysia, termasuk tayangan lagu-lagu bahasa ibunda pelbagai kaum, persembahan bicara berirama, tarian kebudayaan, serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dianjurkan sempena sambutan tersebut.

Antara acara utama yang mencuri tumpuan ialah penyampaian hadiah Pertandingan Menulis Esei bagi kategori Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Temuan, selain Pertandingan Melukis dalam kategori bahasa yang sama. Johan bagi setiap pertandingan turut dipaparkan melalui tayangan video bacaan esei dan penerangan karya lukisan, sekali gus memberi ruang kepada khalayak memahami mesej serta sudut pandang kanak-kanak terhadap bahasa ibunda mereka.

Majlis turut diserikan dengan persembahan bicara berirama dalam Bahasa Melayu dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Keramat serta persembahan bicara berirama dalam Bahasa Cina oleh murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, unsur budaya masyarakat asal turut diberi tempat istimewa menerusi persembahan Tarian Sewang Orang Asli dari Kampung Orang Asli Bukit Tadom, selain penyertaan murid Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom, Kuala Langat dalam pertandingan untuk kategori Bahasa Temuan. Kehadiran segmen ini memperlihatkan komitmen penganjur untuk memastikan bahasa dan warisan komuniti Orang Asli turut diangkat sebagai salah satu bahagian penting daripada landskap budaya negara.

Karnival berkenaan turut menampilkan persembahan tarian pelbagai kaum melibatkan elemen budaya Melayu, Cina, India dan etnik Sarawak oleh Kumpulan Desa Tari, SMK Desa Perdana, Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh mesej bahawa seni, bahasa dan budaya ialah wahana penting untuk membina persefahaman antara masyarakat.

Selain acara pentas utama, para hadirin juga berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti karnival yang meraikan keunikan warisan bahasa dan budaya, termasuklah congkak atau ‘palangguli’, batu seremban, seni anyaman Melayu, India dan Orang Asli, tiupan bunga plum, membuat ‘kolam’ atau ‘rangoli’, membuat ‘mehendi’ atau inai bercorak serta jak renoi yang terkenal dalam kalangan masyarakat orang asal.

Selain itu, turut disediakan ruang mencuba teknik menulis kaligrafi pelbagai kaum seperti, khat dan menulis kaligrafi Cina dan Tamil dengan kehadiran pembimbing-pembimbing teknik menulis khat dan kaligrafi, menjadikan program ini bukan sahaja bersifat simbolik, malah mendidik dan menyatukan.

Penganjuran Karnival Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2026 ini merupakan kesinambungan usaha memperingati pengisytiharan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa oleh UNESCO pada 21 Februari setiap tahun bagi mengiktiraf kepentingan kepelbagaian bahasa, hak berbahasa dan pemeliharaan warisan budaya masyarakat dunia.

Dengan sambutan yang merentas bahasa, kaum dan generasi, Karnival dan Majlis Penyampaian Hadiah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2026 membuktikan bahawa bahasa ibunda bukan sekadar tinggalan tradisi, tetapi nadi hidup yang membentuk identiti, menghubungkan komuniti dan memperkukuh perpaduan negara.

Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat terus diperluas pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai sekolah, institusi pendidikan, badan masyarakat dan agensi berkaitan agar kesedaran memelihara bahasa ibunda dapat dipupuk secara lebih menyeluruh dalam kalangan generasi muda.

KEPUTUSAN PENUH
Pertandingan Melukis (Bahasa Melayu) – penyertaan dari sekolah-sekolah rangkaian Musleh
Johan – Aylaa Salsabeela Muharam dari SRI Al-Amin Kuala Terengganu
Naib Johan – Nuha Iymaani Muhammad Salleh SRI Hidayah Pasirris Batu Pahat
Tempat Ketiga – Zahrah Humairah Shahlan dari SRI Al-Hidayah Seri Iskandar
Saguhati:
4. Nuha Insyirah Mohd Hashemi dari SRI As-Sa’Idiyyah
5. Hanna Aufa Muhammad Hazazi dari SRI Al-Itqan
6. Irene Zarith Nurul Faisal dari SRI Integrasi Hira Rawang
7. Nur Aimi Nadhirah Salim dari SRI Al Amin Wilayah Persekutuan
8. Ayra Aqeelah Muhammad Saiful Azzam dari SRI Sri Al Amin Bangi
9. Syarifah Nur Alisha Syed Mohammad Hamizan dari SRI Al-Islah Kulim
10. Ayra Hanani Khairul Izzat dari SRI Al-Azhar Perlis

Pertandingan Menulis Esei (Bahasa Melayu) – penyertaan dari sekolah-sekolah rangkaian Musleh
Johan – Laila Yasmin Abdul Haris dari SRI Integrasi Hira Rawang
Naib Johan – Muhammad Naufal Mohammad Omar dari SRI Al-Amin Cheras Selatan
Tempat ketiga – Syaima’ Azzahra Kamal dari SRI Hira’ Klang
Saguhati:
4. Ramiza Mahira Mohamed Ridzwan dari SRI Al Hidayah Ipoh
5. Nurina Az Zahra Mohd Burhan dari SRI Al-Islah Kulim
6. Ammar Athif Mohd Khairuladha dari SRI Sri Al-Amin Bangi
7. Wan Talhah Harith Wan Saifuddin dari SRI Al-Azhar Perlis
8. Muhammad Rasydan Mohd Rasyuyadi dari SRI I-Musleh Melaka
9. Nur Adelea Humaira Mohd Azila dari SRI Integrasi Al-Amin (Putra Mahkota)
10. Nur Aimi Faqihah Azhar dari SRI Al-Amin Gombak

Pertandingan Melukis (Bahasa Cina)
Johan – Tang Chi Wei dari SJKC Nan Yik ‘Lee Rubber’
Naib Johan – Lim Zi Xuan dari SJKC Nan Yik ‘Lee Rubber’
Tempat Ketiga – Yanise Bong Ai Qian dari SJKC Mun Choong
Saguhati:
Chew Wan Ning dari SJKC Chong Hwa
Khoo Yu Ern dari SJKC Kuen Cheng 2
Go Yuan Hun dari SJKC Kepong 2
Chloe Li Zixin dari SJKC Jalan Davidson
Chia Kai Zhen dari SJKC Taman Connaught
Joanna Tee Sin Yee dari SJKC Sam Yoke
Siew Jin Zhet dari SJKC Choong Wen

Pertandingan Menulis Esei (Bahasa Cina)
Johan – Koi Ern Li dari SJKC Chi Man, Sentul
Naib Johan – Goi Li Xing dari SJKC Chung Kwo
Tempat Ketiga – Ho Wen Hui dari SJKC Wangsa Maju
Saguhati:
Yeoh Tzi Yu dari SJKC Chung Hwa(P)
Leong Zi Xi dari SJKC Chung Kwo
Lim Yu Xin dari SJKC Chung Kwo
Sim Qian Hui dari SJKC Jalan Davidson
Lim Jia Ying dari SJKC Tai Thung
Low Yu En dari SJKC Choong Wen
Lee Jiashyun dari SJKC Wangsa Maju

Pertandingan Melukis (Bahasa Tamil)
Johan – Kayalvile A/P Surendran Rau dari SJK (T) Ayer Tawar
Naib Johan – Mesvan A/L Daneswaran dari SJK (T) Ko Sarangapany
Tempat Ketiga – Taarshana Karthiyahini A/P Seenivasan dari SJK (T) Batu Arang
Saguhati:
4. Rishika A/P Arumorgam dari SJK (T) Changkat Batu Gajah
5. Yugen Rao A/L Yogeswaran dari SJK (T) Bharathy
6. Sai Dasarath A/L Kanabadhi dari SJK (T) Ladang Segamat
7. Rithish A/L Robindran dari SJK (T) Ladang Sungai Puntar
8. Kheshadevi A/P Sathiyakali dari SJK (T) Ladang Gomali
9. Dhishan A/L Jeyabalan dari SJK (T) Ladang Changkat Salak
10. Moganeswaran A/L Velukumaran dari SJK (T) Port Dickson

Pertandingan Menulis Esei (Bahasa Tamil)
Johan – Darshikanair A/P Navin Kumar dari SJK (T) Nilai
Naib Johan – Tarunehkaa S.Mohanaraj dari SJK (T) Ladang Soon Lee
Tempat Ketiga – K. Sameera Naatchiyaar dari SJK (T) Bandar Springhill
Saguhati:
4. P. JaysakthiSJK (T) PJS 1 Selangor
5. Risshi A/L Vishinuvartan dari SJK (T) Jalan Yahya Awal
6. Kevitha A/P Selvaraja dari SJK (T) Jalan San Peng
7. Thurgaahsri A/P Poobalan dari SJK (T) Ladang Pelam
8. Kirrtinii A/P Nathan dari SJK (T) Ladang Jawi
9. Koyiel Nayaghie A/P Sivabalan dari SJK (T) Tampin Linggi
10. Sangeeta A/P Sathiyakali dari SJK (T) Ladang Gomali

Pertandingan Melukis (Bahasa Temuan) – penyertaan dari SK Bukti Tadom, Banting, Selangor
Johan – Siti Akisya binti Abdul Wakil
Naib Johan – Syarosenelly Shahida binti Shahrul
Tempat Ketiga – Lavina Syakila Anak Saki
Saguhati:
4. Siti Alika Binti Azani
5. Yufia Herlybella binti Yazit
6. Roshazarrieyna binti Abdullah
7. Nur Atikah Afinfin binti Abd Gani
8. Haznif Neykal A/L Azuan
9. Hainara binti Hardi
10. Shaa Alisha A/P Wanshahrul

    Pertandingan Menulis Esei (Bahasa Temuan) – penyertaan dari SK Bukti Tadom, Banting, Selangor
    Johan – Yazra Herlynessa Binti Yazit
    Naib Johan – Riena Shafira Binti Baharun
    Tempat Ketiga – Fifi Binti Shaari

    BERITA

    SERDANG – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

    BERITA

    SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

    BERITA

    JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

    BERITA

    SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

    BERITA

    IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

    BERITA

    IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai