Alumni Musleh yang Kini Menjadi EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

SHAH ALAM, 27 Mei – YB Puan Anfaal Saari, seorang alumni Musleh yang kini memegang jawatan sebagai Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, telah menerima kunjungan hormat daripada Wanita IKRAM Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada hari Isnin.

Sebagai tokoh wanita yang aktif dalam politik dan pembangunan masyarakat, YB Anfaal merupakan inspirasi kepada ramai, khususnya dalam kalangan alumni Musleh yang lain. Kehadiran beliau sebagai EXCO Negeri Selangor menunjukkan komitmen tinggi beliau terhadap usaha memajukan kebajikan wanita dan keluarga di negeri ini.

Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman, bersama Setiausaha Wanita IKRAM Selangor, Puan Roselinee Mohammad Radzi dan beberapa delegasi yang lain. Mereka membincangkan pelbagai isu penting dan peluang kerjasama, khususnya dalam isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan, kesejahteraan wanita, dan keluarga.

Dalam sesi tersebut, YB Anfaal turut memberi penerangan mengenai Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan pelbagai dasar kerajaan, termasuk Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026 yang akan dilancarkan pada Jumaat ini di Pusat Konvensyen Shah Alam. Beliau turut menyentuh langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan wanita, komunikasi keluarga, serta kempen kesedaran mengenai isu-isu seperti keganasan rumah tangga dan anti gangguan seksual, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri.

Pada akhir pertemuan, YB Anfaal Saari berbesar hati menyampaikan cenderahati berupa peta negeri kepada Wanita IKRAM Selangor sebagai tanda penghargaan. Kunjung hormat ini berakhir pada jam 1.30 petang dengan jamuan makan tengah hari, melambangkan ikatan erat antara pemimpin negeri dan NGO dalam membangun masyarakat yang lebih baik.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Fatih Mohd Faizal, 18, alumni pelajar Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru, yang mencatat keputusan cemerlang

BERITA

BANDAR BARU BANGI – Menghimpunkan para alumni Musleh daripada generasi pertama sehingga alumni yang baru bergraduasi pada tahun 2024, Malam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad merakamkan ucapan tahniah kepada Abdullah ‘Ulwan Ammar, alumni SMI Al-Amin Gombak, atas kejayaan

BERITA

SERI KEMBANGAN – Latihan Kader Du’at (LKD) Generasi ke-16 telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, menghimpun 149 murid lepasan Sijil Pelajaran

BERITA

Panggilan buat semua alumni sekolah-sekolah Musleh. Jika anda pernah bersekolah di sekolah-sekolah rangkaian Musleh, maka, ya, andalah yang dimaksudkan dengan

BERITA

GOMBAK – Buat julung-julung kalinya, Majlis Tautan Ukhuwah (MTU) berkonsep ‘high-tea reunion’ telah diadakan bagi mengumpulkan alumni yang pernah mendapat