Muktamar KDM Himpun Lebih 100 Lepasan IPI

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Lebih 100 orang ahli Kader Du’at Musleh (KDM) yang terdiri daripada generasi pertama hingga generasi ke-15 pelajar lepasan Institusi-institusi Pendidikan IKRAM (IPI) yang bernaung di bawah Musleh Integrated Education Berhad berhimpun dalam Muktamar KDM 2024 di sini pada Sabtu lalu.

Antara lain, tujuan utama penganjurannya ialah untuk melantik barisan pimpinan baharu KDM bagi sesi 2024-2026.

Dalam perkembangan sama, Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tuan Haji Roslan Mohamad turut dijemput untuk menyampaikan ucaptama.

Sementara itu, muktamar telah dirasmikan oleh Setiausaha IKRAM Muda Malaysia, Abdullah Zubayr Mohd Azaini.

Turut hadir, Penasihat KDM, Dayang Norhayani Amir, Bendahari IKRAM Muda Malaysia, Nur Izzah Fakharuldin, Ketua IKRAMTeens Malaysia, Taufik Aziz, Presiden Belia Harmoni Malaysia, Ahmad Asyraf Ahmad Azam serta Timbalannya, Nuha Farhana Farid dan Amir KDM sesi terdahulu, Muhammad Hanif Mohd Nor.

KDM, sebuah agensi remaja yang bernaung di bawah IKRAM Muda Malaysia fokus terhadap pembangunan sahsiah diri dan kepimpinan para pelajar dari sekolah-sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) bermula seawal tingkatan 3 sehingga sebelum memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Sumber: IKRAM Muda Malaysia

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis