BANGI, 13 Jul – Bagi menghargai perkembangan serta pencapaian Institusi-institusi Pendidikan IKRAM (IPI) yang bernaung di bawah Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) dalam usaha melahirkan insan rabbani serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Musleh, MIEB telah menganjurkan Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2024 yang telah berlangsung pada Sabtu lalu di sini.
Membawa tema Murabbi Unggul Peneraju Reformasi Pendidikan Musleh, acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Bangi itu telah dirasmikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mewakili Yang Berhomat Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim.
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaannya kepada semua pihak yang telah bekerjasama sebagai tulang belakang kepada sistem pendidikan Islam dan berharap semua pihak dapat melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.
Dalam perkembangan berkaitan, HARUM menyaksikan seramai 65 penerima anugerah yang terdiri daripada 50 pelajar dan 15 guru diraikan dan sebanyak 13 anugerah untuk pelajar bagi kategori sekolah rendah dan menengah telah disampaikan.
Antaranya, Anugerah Thalhah bin Ubaidillah bagi kategori tokoh khidmat masyarakat, Anugerah Abdul Rahman bin ‘Auf bagi kategori tokoh keusahawanan, Anugerah Zaid bin Thabit bagi kategori hafazan terbaik, Anugerah Sa’ad Bin Abi Waqqash bagi kategori tokoh kokurikulum terbaik, Anugerah Al-Ghazali bagi kategori tokoh sahsiah terpuji, Anugerah Al-Khawarizmi bagi kategori tokoh kreatif dan inovatif dan Anugerah Umar Al-Khattab bagi kategori tokoh kepimpinan.
Tidak ketinggalan juga, Anugerah Tokoh Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM), Anugerah Tokoh Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) dan Anugerah Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM).
Selain itu, bagi meraikan para guru dan asatizah yang komited menyumbang sepanjang perkhidmatan dalam pelbagai aspek pendidikan, Anugerah Ikon Guru dan Anugerah Guru Cemerlang turut dianugerahkan kepada guru-guru terpilih dari sekolah rendah dan sekolah menengah rangkaian MIEB dari seluruh negara.
Pada kesempatan sama, sekolah-sekolah yang telah menjalani audit Sistem Kualiti IKRAM Musleh (SKIM) yang dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai dan menaiktaraf mutu perkhidmatan yang diberikan oleh semua sekolah turut diberikan penarafan yang selayaknya oleh penganjur.
Sebanyak 9 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah menerima penarafan 4 bintang, manakala 13 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah lagi menerima penarafan 5 bintang.
Antara yang hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Prof. Dr. Omar Yaakob, Pengerusi Gabungan Pendidikan Islam Malaysia (GAPIM), Dr. Khodori Ahmad, Pengarah Eksekutif MIEB, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj. Shahrul Aman Mohd Saari.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MIEB, Hj. Mohd Husni Abdul Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif IEDBES, Hj. Mohd Tarmizi Munir, Pengurus Besar Centre of Learning Excellence (CLE) Dr Kamaliah Noordin, Pengerusi Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Ustaz Isharuddin Ismail.
[Penerima Anugerah Tokoh Pelajar Unggul (Banat), Munirah Muhammad Abdul Rahman dari Sekolah Menengah Agama Riyadatul A’mal]
Senarai Penuh Penerima Anugerah
Anugerah Tokoh Pelajar Unggul (Banat)
Munirah Muhammad Abdul Rahman -SMA Riyadatul A’mal
Anugerah Tokoh Pelajar Unggul (Banin)
Salman Saifurrahman -SMA Riyadatul A’mal
Anugerah Guru Ikon (SRI)
Muazzamah Abas -SRI Al-Amin Kemaman
Anugerah Guru Ikon (SMI)
Mashida Sakrani SMI Hidayah Johor Bahru
Anugerah Sekolah Cemerlang (SRI)
Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru
Anugerah Sekolah Cemerlang (SMI)
Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru
Anugerah Cemerlang Sukan/Permainan (SRI dan SMI)
1. Emir Muzhaffar Effandi-SRI Hira’
2. Afiqah Humaira Sharizal-SRI Integrasi Al-Amin Putra Mahkota
3. Farish Adriean Faizalludin-SM Al-Azhar Jitra
4. Siti Najwa Nasuha Ab Aziz-SMI Aman
Anugerah Cemerlang Kelab/Persatuan (SRI dan SMI)
1. Muhammad Najmi Munawwar Mohd Nazri -SRI Al-Amin Keramat
2. Fatin Farisah Amirul Hakimi -SR Sri Al-Amin Bangi
3. Ahmad Qaysar Salahaddin Ahmad Faizal -SM Agama Riyadatul A’mal
4. Aina Nafisa Mohd Nazri -SM Al-Islah Sungai Petani
Anugerah Tokoh TKRSM
Darish Rayyan Mohd Redzwan -SRI Hidayah Johor Bahru
Illy Suri Emmaly Irwan -SRI Al-Amin Keramat
Anugerah Tokoh KRSM
Muhammad Azhad Abqari Mohd Asif -SMI Hidayah Johor Bahru
Husna Hayati Halimi -SMI Hidayah Johor Bahru
Anugerah Sa’ad bin Abi Waqqash – Kokurikulum Terbaik (SRI dan SMI)
1. Abdullah Farouq Muhd Zulfadhli -SRI Al-Amin Nilai
2. Haifa Ayeesha Mohd Hazri -SRI Al-Amin Nilai
3. Muhammad Al-Mawardi Abd Rahaim -SM Al-Hidayah Ipoh
4. Wafa Maisarah Muhammad Na’im -SM Al-Azhar Jitra
Anugerah Al-Ghazali – Sahsiah Terpuji (SRI dan SMI)
1. Ahmad Ja’afar Shahrul Aman -SR Sri Al-Amin Bangi
2. Siti Nur Atikah Khairul Akmal -SR Al-Islah Sungai Petani
3. Muhammad Shazwan Shaifuddin -SMI Hidayah Johor Bahru
4. Anisah Salihah Ismail Yusoff -SM Sri Al-Amin Bangi
Anugerah Zaid bin Thabit – Hafazan Terbaik (SRI dan SMI)
1. Ikram Ziqri Zaini -SRI Al-Amin Nilai
2. Nurin Imanina Zunidi -SRI Al-Amin Kemaman
3. Ahmad Afnan Norazmadinaz -SM Al-Islah Sungai Petani
4. Muhammad Al Aereiz Muhammad Al Ghazali -SMI Hira’ & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’
Anugerah Umar Al-Khattab – Tokoh Kepimpinan (SRI dan SMI)
1. Muhammad Amirul Zharif Mohd Zarifi Shah -SR Al-Hidayah Seri Iskandar
2. Anis Qaisara Ahmad Nazim -SR Sri Al-Amin Bangi
3. Muhammad Nursyarifuddin Norfizin -SM Al-Islah Sungai Petani
4. Amani Balqis Arman -SMI Hidayah Johor Bahru
Anugerah Abdul Rahman bin Auf – Tokoh Keusahawanan (SRI dan SMI)
1. Usayd Ahmad Fadhli -SR Sri Al-Amin Bangi
2. Muhammad Fawwaz Hakeem Mohd Fauzi -SM Sri Al-Amin Bangi
3. Megat Daniel Iskandar Megat Badrul Hisham Iskandar -SMI Hidayah Johor Bahru
Anugerah Mus’ab bin Umayr – Huffaz Terbaik (SMI)
1. Muhammad Fikri Hakim Zulkfli -SMI Hidayah Johor Bahru
2. Nurul Fatin Ayuni Alfadzilah -SMI Hidayah Johor Bahru
Anugerah Al-Khawarizmi – Tokoh Kreatif & Inovatif (SRI dan SMI)
1. Hafiy Fairullah Hasal Masri -SRI Al-Amin Kemaman
2. Wan Maryam Wan Mohd Ridhwan -SRI Al-Amin Keramat
3. Muadz Amirasyid -SMI Hidayah Johor Bahru
4. Nabil Ruzinoor -SM Al-Azhar Jitra
Anugerah Thalhah bin Ubaidillah – Tokoh Khidmat Masyarakat (SRI dan SMI)
1. Usayd Ahmad Fadhli -SR Sri Al-Amin Bangi
2. Ahmad Faiz Mohamad Fadhil Hadi -SRI Al-Amin Keramat
3. Ahmad Fidaa’ Ahmad Fadhli -SM Sri Al-Amin Bangi
4. Khawlah Nusaybah Ahmad Jamali -SM Sri Al-Amin Bangi
Anugerah Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) (SMI)
Fathin Zulaikha Armansyah -SMI Al-Amin Bangi
Muhammad Hazim Adham Mohd Khairi -SMI Al-Amin Kemaman
Widad Nabihah Mohamad Fadillah -SMI Al-Amin Kuching
Ameera Najihah Ramzan -SMI Hidayah Johor Bahru
Muhammad Danish Husni Roslan -SMI Al-Ikram
Iffah Amaanillah Mohd Khairulnizam -SMA Riyadatul A’mal
Siti Sarah Izan Izwan -SMI Al-Irsyad Kuantan
Anugerah Guru Cemerlang
Zunaidah Yacob -SRI Hidayah Johor Bahru
Mohd Nor Omar -SRI Hidayah Johor Bahru
Wan Muslihah Wan Azrie -SRI Integrasi Hira’ Rawang
Asyrani Husna Abd Razak -SRI Al-Amin Keramat Kuala Lumpur
Ahmad Mahfuz Muhd Hairi -SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan
Mohd Muzamil Mohd Sobri -SRI Al-Ikram
Mohd Sukri Shariff -SRI Hira’
Nur Haslin Azlin Azmi -SRI Integrasi Hira’ Rawang
Suriyanti Jamaludin -SM Al-Azhar Jitra
Mohamad Shukri Ab Rahman -SMI Hidayah Johor Bahru
Syahru Badriah Shaary -SMI Aman
Ahmad Fadhli Harun -SM Al-Azhar Jitra
Madihah Abd Muhaimin -SMI Hira’ & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’