I’dad Du’at: Serlah Potensi Pemimpin Pelajar

JOHOR BAHRU – “Always think about how to make things better”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tuan Haji Roslan Mohamad kepada hampir 170 orang peserta program I’dad Du’at 2024 anjuran Sektor Tarbiah Musleh Integrated Education Berhad yang telah berlangsung pada 4 hingga 6 Julai lalu di Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah di sini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan pengisiannya yang bertajuk Wahai Pemuda pada hari ke-2 program kepada para peserta yang terdiri daripada murid Tingkatan 5 dari 15 buah sekolah menengah rangkaian Musleh.

Menurut Ketua Sektor Tarbiah MIEB, Dayang Norhayani Amir, program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman peserta tentang keutamaan proses pentarbiahan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.

Tambahnya lagi, kekuatan jati diri serta ketinggian peribadi yang tiada tara sangat penting dalam diri seorang pelajar sebagai langkah permulaan dalam memacu perubahan ummah ke arah yang lebih baik.

Pada masa sama, sinergi yang terbina antara peserta yang sebahagian besarnya merupakan barisan pimpinan murid di sekolah masing-masing dalam pelbagai bidang diharapkan dapat melahirkan impak positif buat warga sekolah.

“Semoga kepimpinan yang baik akan melahirkan warga sekolah yang baik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, majlis penutup I’dad Du’at bagi tahun ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Johor, Prof. Dr. Nordin Yahaya di Dewan Tabuk, SMI Hidayah Johor Bahru.

Hadir sama dalam majlis penutup, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tuan Haji Roslan Mohamad, Pengerusi Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Ustaz Isharuddin Ismail, Pengetua SMI Hidayah Johor Bahru, Seri Juli Emas Wati Adnan dan Pengetua SMI Aman Kota Bharu, Zunainah Jemenin.

I’dad Du’at merupakan program dalaman yang dianjurkan oleh bahagian tarbiah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terpilih tentang asas gerak kerja dakwah dan memberi kefahaman tentang keutamaannya sesuai dengan tuntutan agama dalam mengajak orang lain kepada kebaikan khususnya dalam persekitaran persekolahan.

Program tahunan ini menyediakan 8 slot diikuti dengan perbincangan dalam kumpulan dan aktiviti kerohanian yang lain.

BERITA

SERDANG – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai