LKD16 Sukses! Persiap Generasi Muda Komited dalam Dakwah

SERI KEMBANGAN – Latihan Kader Du’at (LKD) Generasi ke-16 telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, menghimpun 149 murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 14 buah sekolah menengah rangkaian Musleh. Program ini merupakan inisiatif jangka pendek yang bertujuan melahirkan pelapis dakwah yang berdaya saing dan bersemangat untuk berperanan aktif di peringkat institusi pengajian tinggi serta lapangan masyarakat.

LKD16 berlangsung selama 22 hari, bermula 14 Februari lalu sebelum tamat pada 7 Mac. Fasa pertama program diadakan selama 14 hari di Kem Latihan dan Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor, manakala fasa kedua berlangsung selama 8 hari di Sumatera Utara, Indonesia, merangkumi lokasi seperti Sibolangit, Brastagi dan Kota Medan.

Kekuatan Pelaksanaan LKD16

Program ini dikendalikan oleh Kader Du’at Musleh (KDM), sebuah agensi di bawah IKRAM Muda Malaysia dengan sokongan kerjasama daripada Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) serta bimbingan pengisian bahan daripada Jawatankuasa Tarbiah Modal Insan, Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Pengarah program, Muhammad Solahuddin Che Rahimi (LKD11), yang juga Amir KDM dan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mengetuai pelaksanaan LKD16 bersama Timbalan Pengarah, Adibah Rosbi (LKD7), seorang pereka grafik bebas dan Ahli Jawatankuasa KDM. Jawatankuasa pelaksana terdiri daripada 18 orang, manakala fasilitator seramai hampir 25 orang, terdiri daripada pelajar IPT dan alumni LKD yang sudah bekerja.

Peserta dan Pengisian Program

Seramai 155 orang peserta telah mendaftar dengan 149 daripadanya berjaya melapor diri di kem. LKD16 turut menerima penyertaan pertama dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Batu Pahat dan dijangka pada edisi tahun hadapan, menerima penyertaan dari SMI Al-Amin Kuching pula.

Program ini merangkumi pelbagai bentuk pengisian seperti:

  1. Kursus pemantapan kefahaman asas dakwah dan tarbiah.
  2. Kursus kemahiran insaniah termasuk latihan psikologi kehidupan, pemikiran kritikal dan pengurusan.
  3. Slot perkongsian bersama aktivis dakwah.
  4. Induksi kehidupan di kampus bagi mencapai keseimbangan antara akademik dan penglibatan dakwah.
  5. Perkhemahan dan permusafiran ke Indonesia bagi meningkatkan ukhuwah dan membina ketahanan diri.
  6. Sumbangan bakti sosial dan khidmat masyarakat bagi menanam nilai kepimpinan dan empati.
  7. Program-program ukhuwah bagi membina jaringan persaudaraan yang berterusan sesama peserta dan alumni.

Harapan Pasca LKD16

Menurut Penasihat KDM, Dayang Norhayani Amir, penutupan tirai LKD16 tidak bermakna berakhirnya perjalanan tarbiah para peserta sebaliknya merupakan permulaan untuk mereka terus berperanan di medan amal sebenar.

“Beberapa inisiatif utama yang diharapkan selepas program ini termasuklah para peserta dapat meneruskan kesinambungan tarbiah selepas tamat SPM, berperanan aktif dalam masyarakat dan mengajak kepada kebaikan serta mencari ruang dan peluang menyertai program-program anjuran IKRAM Kawasan, IKRAM Muda Negeri atau IPT masing-masing,” jelasnya.

Penghargaan

Katanya lagi, LKD16 tidak akan berjaya tanpa sokongan dan pengorbanan semua pihak.

“Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan penghargaan khas kepada barisan urus setia serta fasilitator yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada IKRAM Muda Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Musleh Integrated Education Berhad, para penaja yang budiman serta semua pihak yang menyokong LKD16,” ujarnya dalam majlis penutup LKD yang berlangsung pada 7 Mac lalu di Kem Latihan dan Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat.

Hadir sama dalam majlis penutup, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tuan Haji Badlishah Sham Baharin, Ketua IKRAM Muda Malaysia, Khairul Anuar Kamaruddin dan Pengerusi Majlis Pengetua dan Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Ustaz Isharuddin Ismail.

BERITA

SERDANG – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai