KRS Musleh Jalin Kerjasama dengan Institusi Pendidikan di Yala, Thailand

YALA – Sekretariat Pusat KRS Musleh dari Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan lawatan kerja ke Thailand dalam usaha memperluas jaringan serta hubungan korporat dalam bidang pendidikan pada Isnin, 17 Mac lalu.

Lawatan ini dimulakan dengan kunjungan ke Office of the Private Education Yala Province, di mana delegasi disambut mesra oleh Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah serta kakitangan pejabat. Turut hadir, beberapa pimpinan sekolah swasta Yala yang dikoordinasikan oleh Timbalan Presiden Assalam Smart School Association (ASSA) Thailand, Dr. Paisal Asae.

Sebagai tanda kerjasama strategik, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara kedua-dua pihak. MoU ini dijangka membuka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan, selain memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan Islam di Malaysia dan Thailand.

Lawatan ini mencerminkan komitmen KRS Musleh dalam memperluaskan jaringan pendidikan berasaskan nilai-nilai Islam ke peringkat antarabangsa serta mewujudkan platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua negara.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis