Siti Shafura Haron Dinobat Guru Sekolah Swasta Berwibawa Kedah 2024

JITRA – Siti Shafura Haron, guru dari Sekolah Menengah Islam Al-Azhar Jitra, telah meraih pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Guru Berwibawa bagi kategori Guru Sekolah Swasta Berwibawa dalam Majlis Apresiasi Guru Peringkat Negeri Kedah 2024.

Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Farabi, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pada 23 Februari lalu itu bertujuan mengiktiraf kecemerlangan pendidik dalam pelbagai bidang.

Penganugerahan ini diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen Siti Shafura dalam pelbagai program serta peranannya sebagai juri dan guru pembimbing bagi projek-projek inovasi dari peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.

Di bawah bimbingannya, pasukan sekolah pernah meraih pingat emas dalam Sintok International Games & Gamification (SIGG). Selain itu, beberapa hasil projek inovasi seperti Veggies Spinner, Portable Air Perfume, Kaptak, dan Smart Peanut Peeler turut meraih pingat perak dan gangsa dalam National Innovation and Invention Competition through Exhibition (CompEx).

Anugerah ini sekaligus mengukuhkan lagi sumbangan beliau dalam dunia pendidikan serta membuktikan peranan guru dalam membentuk generasi yang inovatif dan berdaya saing.

Tahniah Muallimah Siti Shafura Haron dan pihak sekolah.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis