Muzakarah Halatuju Tadika Musleh Perkukuh Sinergi Pendidikan Awal

BANGI – Seramai 40 peserta yang terdiri daripada para pengusaha, guru dan pengurus tadika naungan Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah menghadiri Muzakarah Halatuju Tadika anjuran Sektor PEDA, Centre of Learning Excellence (CLE) yang telah berlangsung di UKM-MTDC Technology Centre di sini pada 21 dan 22 Februari lalu.

Antara lain, muzakarah ini dianjurkan sebagai sebahagian usaha bersama untuk memperkukuh sinergi dan penyatuan tadika-tadika rangkaian.

Pengalaman panjang dan berharga yang dimiliki oleh setiap tadika membolehkan muzakarah ini berperanan sebagai ruang kepada pengukuhan dan pemerkasaan pengurusan sedia ada serta pencarian solusi terhadap cabaran yang dihadapi demi memastikan kelangsungan dan kemajuan pendidikan awal kanak-kanak.

Selain itu, muzakarah ini menampilkan beberapa panel penyampai berpengalaman, termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif IEDBES Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Tarmizi Munir, Dr. Kamaliah Noordin, Pengurus Besar CLE, Ketua Sektor PEDA, Nailah@Ramlah Abdul Rahim dan Tuan Haji Ahmad Mu’az Mohd Nawawi dari MAHA Lawyers.

Sepanjang dua hari program, para peserta telah berdiskusi mengenai pelbagai strategi pengurusan, kurikulum pendidikan awal serta cabaran semasa dan masa depan.

Pada masa sama, sesi muzakarah turut membincangkan usaha menyelaras halatuju tadika-tadika rangkaian agar lebih berdaya saing dan mampu memberikan pendidikan berkualiti kepada generasi akan datang.

Dengan semangat kerjasama dan matlamat yang jelas, muzakarah ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada usaha memantapkan peranan tadika rangkaian dalam membentuk generasi soleh dan musleh.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod