Alumni SMI Hidayah Cemerlang SPM 2025, Terpilih Menunaikan Haji 2026

SERI KEMBANGAN – Fatih Mohd Faizal, 18, alumni pelajar Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru, yang mencatat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dengan 10A 1B, bakal menunaikan ibadah haji tahun ini, satu pengalaman yang dianggap rezeki istimewa daripada Allah SWT.

Sumber: Harian Metro

Fatih berkata beliau terkejut apabila disenaraikan menunaikan haji, namun menganggapnya sebagai amanah yang perlu dikongsi bersama masyarakat pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, saya diberikan peluang menjadi tetamu Allah SWT pada tahun ini. Insya-Allah, saya akan berangkat bersama mak dan bapa saudara pada 28 April ini,” ujarnya.

Beliau ditemui pemberita pada Kursus Perdana Haji dan Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Program Barakah Haji 2026, yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, pada Ahad.

MUSLEH mengucapkan tahniah kepada saudara Fatih atas pencapaian cemerlang beliau dalam SPM 2025 dan diharap menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah dan komuniti pendidikan Musleh untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

Sumber: Harian Metro

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis