Konvokesyen SPAIM: Tahniah 69 Graduan

SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai 69 orang graduan dari 3 buah pusat pengajian menerima sijil Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) dalam majlis konvokesyen yang berlangsung meriah di Hotel De Palma, di sini pada Rabu lalu.

Daripada jumlah itu, 27 daripadanya ialah graduan dari Institusi Pendidikan Hira’ (IPH) manakala dua buah pusat pengajian lain iaitu Pusat Pendidikan As-Sai’diyyah, Negeri Sembilan dan Pusat Pendidikan Hidayah, Perak, masing-masing melahirkan 21 orang graduan.

Dalam perkembangan berkaitan, pelaksanaan Latihan Ikhtisas SPAIM ini telah berlangsung selama 3 semester.

Turut hadir dalam majlis konvokesyen berkenaan, Pengurus Besar Centre for Learning Excellence (CLE) Musleh Integrated Education Berhad, Dr. Kamaliah Noordin dan Ketua Sektor Latihan Musleh Integrated Education Berhad, Dr. Azma Mahmood.

Pada masa sama, pihak Musleh merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dan jutaan penghargaan kepada pusat pengajian yang terlibat serta para pensyarah.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis