Malam Gegar Alumni Musleh: Sejarah Baharu dalam Jaringan Alumni

BANDAR BARU BANGI – Menghimpunkan para alumni Musleh daripada generasi pertama sehingga alumni yang baru bergraduasi pada tahun 2024, Malam Gegar Alumni Musleh julung kalinya telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Adam Hawa IRIS Hall pada Isnin, 15 September lalu di sini.

Program anjuran Kader Duat Musleh (KDM) sesi 2024/2026 ini diadakan berlandaskan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 10 yang menegaskan bahawa orang-orang mukmin itu bersaudara. Justeru, majlis ini menjadi medan untuk menyambung kembali ikatan persaudaraan, memperkukuh jaringan alumni, mengimbau nostalgia, dan menyemarakkan semangat perjuangan yang pernah disemai di bumi tarbiyah sekolah-sekolah rangkaian Musleh.

Memilih ungkap kata Satu Malam, Seribu Memori, majlis turut mendapat suntikan semangat apabila turut dihadiri tetamu kehormat iaitu Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Prof. Dr. Omar Yaakob, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Mohd Hafiz Abd Hamid, serta Penasihat KDM, Dayang Norhayani Amir.

Sepanjang majlis yang bermula pada jam 5 petang itu, para alumni disajikan dengan pelbagai pengisian menarik. Antaranya termasuk pembentangan Projek Sekolah Musleh yang disusuli dengan pelancaran dana, persembahan seni, slot Memori dan Harapan, cabutan bertuah serta pengumuman hadiah utama.

Selain itu, antara segmen utama yang mencuri tumpuan ialah ‘The Afterschool Show‘, sebuah bual bicara santai yang menampilkan moderator Aqil Junaidi (Alumni SMAH Ipoh) bersama dua orang tokoh jemputan, iaitu Dr. Nurul Yaqeen Mohd Esa (Alumni Al-Amin Gombak) dan Ustaz Nu’man Hani Jamal (Alumni Al-Amin Bangi). Perkongsian kisah mereka nyata memberi inspirasi dan suntikan motivasi kepada para alumni dalam meniti kehidupan selepas zaman persekolahan.

Majlis ini juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh Zeyad, di samping pelbagai reruai interaktif dan jualan produk alumni yang menambahkan warna pada suasana. Kehadiran alumni yang ramai membuktikan bahawa ukhuwah para alumni Musleh tetap utuh merentasi generasi.

Dengan pengisian rohani, perkongsian pengalaman dan aktiviti kebersamaan, Malam Gegar Alumni Musleh ini berjaya mencapai objektifnya iaitu menghubungkan kembali ukhuwah, menyuntik motivasi, mengimbau nostalgia dan memperteguh semangat perjuangan. Majlis ini juga menjadi titik tolak bersejarah ke arah pembentukan Persatuan Alumni Musleh, yang diharapkan mampu memberi manfaat besar bukan sahaja kepada warga Musleh, malah juga kepada masyarakat.

Alumni dari Al-Amin Bangi

Alumni dari Hidayah Johor Bahru

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus