SERI KEMBANGAN – Majlis Perasmian Penutupan dan Pengumuman Pemenang Pertandingan Video Pendek Karnival Antarabangsa Pasukan Badan Beruniform 2025 telah berlangsung sepenuhnya secara dalam talian malam tadi bermula jam 9 dengan menyaksikan penyertaan seramai 8,086 peserta dari sekolah dalam dan luar negara.
Program julung kali dianjurkan ini berjaya menyatukan generasi muda di peringkat global dengan penyertaan daripada sekolah-sekolah rangkaian Musleh, sekolah-sekolah rakan Musleh, sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah swasta, serta sekolah antarabangsa dari Thailand, Indonesia, UAE, United Kingdom, dan Afrika Selatan. Kehadiran pelbagai pihak malam tadi menekankan vibe antarabangsa dan kerjasama global dalam program ini.
Selain itu, majlis telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah MIEB merangkap Penaung Kadet Remaja Sekolah Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan integriti, disiplin, kreativiti, dan kerjasama dalam membentuk generasi muda yang holistik.
Dalam perkembangan sama, Ketua Hakim Pertandingan, Mejar KRS Khairul Nizam Omar turut dijemput menyampaikan ulasan keseluruhan pertandingan yang telah berlangsung dari 15 hingga 31 Ogos 2025 berkenaan.
Kemuncak acara ialah pengumuman pemenang pertandingan bagi enam kategori utama iaitu:
Kawad Formasi/Formation Marching
Johan Menengah (L): SMK Malim, Melaka
Johan Menengah (P): SMK Malim, Melaka
Johan Rendah (L): SK Sg Binjai, Selangor
Johan Rendah (P): SK Pulau Indah (2), Selangor
Memanah Formasi/ Formation Archery
Johan Menengah (L): SMI Al-Islah Sg Petani, Kedah
Johan Menengah (P): SMI Hidayah Johor Bahru, Johor
Johan Rendah (L): SRI Al-Itqan, Pulau Pinang
Johan Rendah (P): SRI Hidayah Johor Bahru, Johor
Senaman Kreatif/Creative Exercise
Johan Menengah (L): SMI Al-Amin Kemaman, Terengganu
Johan Menengah (P): SMI Hidayah Johor Bahru, Johor
Johan Rendah (L): SJK (T) Bandar Mahkota Cheras, Selangor
Johan Rendah (P): SRI Hidayah Johor Bahru, Johor
Masakan Kreatif/Creative Cooking
Johan Menengah (L): SMK Ibrahim Kuala Muda, Kedah
Johan Menengah (P): SMKA Sultan Azlan Shah, Perak
Johan Rendah (L): SK Bukit Bertam, Perak
Johan Rendah (P): SK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur
Rekacipta/Innovation Design
Johan Menengah (L): SABK Maahad Al-Ummah, Kinta Utara, Perak
Johan Menengah (P): SM Imtiyaz YT Besut, Terengganu
Johan Rendah (L): SJK (T) Keruh, Hulu Perak, Perak
Johan Rendah (P): SJK (C) Merlimau, Jasin, Melaka
Gubahan/Fruit and Flower Arrangement
Johan Menengah (L): SMI Al-Irsyad, Kuantan, Pahang
Johan Menengah (P): SMK Kubong, Limbang, Sarawak
Johan Rendah (L): SRI Al-Amin Gombak, Selangor
Johan Rendah (P): SRI Al-Hidayah, Ipoh, Perak
Majlis yang telah disiarkan secara langsung melalui Facebook Live dan YouTube Channel KRS Musleh ini turut menghargai penglibatan guru penasihat, pengurus pasukan, dan juri antarabangsa yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran pertandingan.
Kesemua penganjur utama merakamkan tahniah kepada para pemenang, peserta, dan semua pihak yang terlibat atas usaha dan dedikasi mereka, menjayakan acara ini sebagai platform antarabangsa berprestij untuk membentuk bakat, disiplin, kreativiti, dan kerjasama dalam kalangan generasi muda.
Sumber: Facebook KRS Musleh
