PENDAHULUAN
Fenomena buli di sekolah atau tempat kerja tetap menjadi isu mendesak yang bakal menjejaskan kesejahteraan emosi, fizikal dan mental mereka yang terlibat. Kertas Dasar ini merangkumi strategi komprehensif untuk mengelola dan mencegah buli, dengan penekanan pada pembinaan lingkungan yang rahmah, selamat, aman dan inklusif. Dokumen ini mengandungi panduan untuk pengurusan pejabat, sekolah, pendidik, staf, murid dan ibu bapa dengan tujuan membangunkan persekitaran yang inklusif dan bebas dari fenomena buli.
Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk fizikal, lisan, psikologikal, sosial, dan buli siber. Fenomena ini meninggalkan kesan psikologi jangka panjang yang sangat serius bukan hanya kepada murid yang terlibat, baik yang dibuli atau pembuli, tetapi juga kepada saksi dan persekitaran budaya dan sosial sekolah.
Oleh itu, pihak pengurusan pejabat dan sekolah mempunyai tanggung jawab untuk menangani buli secara efektif dan menjamin hak setiap staf dan murid untuk mendapatkan persekitaran yang aman dan sejahtera.
AKTA RUJUKAN
Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 (Akta A1750).
Pindaan ini memperkenalkan Seksyen 507B-507G, yang khusus menangani pelbagai bentuk perbuatan seperti buli (termasuk buli siber), gangguan, penghinaan, penyalahgunaan identiti termasuk secara dalam talian.
Ringkasan peruntukan:
• Gangguan lisan atau emosi
• Ugutan melalui komunikasi
• Gangguan menyebabkan tekanan mental menyebabkan mangsa cuba membunuh diri
• Penyebaran maklumat peribadi tanpa izin (doxing).
Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan (2025).
Pindaan-pindaan ini dibuat untuk memperkukuhkan tindakan terhadap buli dan gangguan serta mempercepatkan proses pengadilan. (Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, JPM).
TUJUAN PEMBANGUNAN DASAR

STRATEGI DAN PENDEKATAN UTAMA
Pencegahan
• Melaksanakan program pendidikan dan kesedaran tentang buli untuk staf, guru, murid, dan ibu bapa.
• Memastikan pendidikan anti-buli dimasukkan ke dalam latihan profesional serta kurikulum dan memastikan pelaksanaannya berkesan.
• Memupuk pendidikan tentang empati, kepelbagaian dan penyelesaian konflik serta kemahiran interpersonal yang positif, dalam diri semua lapisan yang terlibat.
• Melaksanakan latihan untuk staf dan guru untuk mengenali tanda-tanda buli, prosedur intervensi yang berkesan, dan menyantuni serta memberi sokongan kepada kedua-dua mangsa dan pembuli.
• Menggalakkan Inklusiviti: Mewujudkan budaya keterangkuman akan mengurangkan faktor yang menyumbang kepada fenomena buli. Meraikan kepelbagaian dan memastikan peluang yang saksama.
• Memastikan polisi anti-buli dan prosedur tertulis dengan jelas untuk semua pihak.
• Meningkatkan pengawasan di kawasan rawan seperti taman permainan dan koridor sekolah dan pejabat.
Intervensi
• Melaksanakan prosedur pelaporan buli yang jelas dan senang diikuti oleh semua pihak
• Mewujudkan sistem pelaporan anonymous: wujudkan saluran tanpa nama, seperti drop-box fizikal atau platform digital, di mana pelajar boleh melaporkan buli dengan selamat tanpa rasa takut akan tindakan balas.
• Protokol Jelas: pejabat dan sekolah mesti mempunyai protokol yang jelas dan didokumenkan untuk menangani laporan buli, termasuk garis masa untuk penyiasatan, komunikasi dengan ibu bapa dan sokongan susulan.
• Menyediakan pelatihan khusus untuk pihak pengurusan, guru dan staf dalam mengenali dan menangani situasi buli.
• Sokongan untuk Mangsa: mangsa harus diberikan perkhidmatan kaunseling dan kumpulan sokongan, contohnya rakan sebaya, untuk membantu mereka membina semula keyakinan mereka dan mengatasi trauma yang berkaitan dengan buli.
• Pemulihan untuk Penceroboh: pelaku memerlukan campur tangan berstruktur, seperti program pengurusan kemarahan, kaunseling dan bimbingan, untuk memahami kesan tindakan mereka dan mengubah tingkah laku mereka.
Peranan Teknologi
• Menangani Buli Siber: buli siber telah menjadi fenomena kebimbangan yang ketara. Sekolah harus mendidik pelajar tingkah laku Islamik lagi selamat dalam talian, serta bekerjasama untuk menangani penyalahgunaannya.
• Alat Pemantauan: pejabat dan sekolah harus mengguna alat digital (digital tools) untuk memantau aktiviti dalam talian dalam rangkaian sekolah dan memastikan teknologi digunakan secara bertanggungjawab.
Penglibatan Komuniti
• Melibatkan ibu bapa dalam pengurusan masalah buli di sekolah.
• Bekerjasama dengan organisasi dalam komuniti seperti NGO, Pusat Kesihatan dan agensi Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Mengadakan kerjasama dengan pihak Penguatkuasaan Undang-undang: kes buli yang teruk mungkin memerlukan penglibatan penguatkuasaan undang-undang dan langkah undang-undang.
KERANGKA PELAKSANAAN



KESIMPULAN
Buli adalah masalah serius yang memerlukan perhatian kolektif dari seluruh komuniti pejabat dan sekolah. Dengan menerapkan langkah-langkah dalam kertas dasar ini, pihak pejabat dan sekolah dapat menciptakan persekitaran pendidikan yang aman, sejahtera, dan mendokong, di mana setiap murid merasa dihormati dan diberi segala peluang untuk berkembang. Semua pihak berkepentingan, termasuk staf, guru, murid dan ibu bapa, harus komited untuk mengambil tindakan nyata dalam mengatasi masalah buli, sehingga tempat kerja dan sekolah menjadi tempat pemupukan insan Rabbani secara berkesan.
