[Edaran Rasmi] Polisi dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesejahteraan Psikospiritual MIEB 2025

PENGENALAN

Kesejahteraan psikospiritual merupakan sesuatu yang amat fundamental untuk kelangsungan kehidupan yang seimbang, bermakna dan beretika. Langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk memastikan warga MIEB, sekolah dan murid meningkatkan kesejahteraan psikospiritual agar mereka dapat hidup dan berkembang dalam suasana yang menyokong pembentukan diri yang holistik.

AKTA RUJUKAN

Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615)

Akta ini bertujuan memastikan individu yang mengalami masalah kesihatan mental mendapat rawatan, pemulihan, perlindungan dan hak asasi yang sewajarnya.

Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611)

Akta ini melindungi kanak-kanak (di bawah 18 tahun) dari penderaan, pengabaian dan ekspoitasi. Merangkumi juga melindungi kanak-kanak dari sudut emosi dan psikologi serta pemulihan dan penjagaan.

TUJUAN PEMBANGUNAN POLISI

DEFINISI ISTILAH

Psikologi – pengajian saintifik mengenai tingkah laku dan proses mental yang berbentuk dalaman, subjektif, tidak boleh dilihat seperti emosi, pemikiran, persepsi, perasaan, kepercayaan.

Psikospiritual – mengambil kira kewujudan jiwa/ruh (soul) dalam diri insan, di samping proses mental dan tingkah laku.

Kesejahteraan – kemakmuran, kekal dalam keadaan aman, bahagia dan baik serta bebas dari ancaman perbuatan manusia atau persekitaran.

Kesejahteraan psikospiritual – keadaan di mana seseorang insan mempunyai keterikatan (connectedness) dengan Tuhan, merasakan kehidupannya bermakna, mempunyai ketenangan dalaman, stabil dari segi emosi, dan mempunyai keupayaan menangani tekanan serta menjalin hubungan.

PENDEKATAN UTAMA

Holistik: merangkumi semua aspek diri individu jasmani, emosi, intelek dan rohani.
Inklusif: Menghormati pelbagai latar belakang
Sokongan berterusan: menyediakan bimbingan, sumber dan sokongan
Pemerkasaan individu: menggalakkan autonomi diri dalam mengenal potensi dan kekuatan dalaman.

STRATEGI PELAKSANAAN

CARTA ALIR SOP KESEJAHTERAAN PSIKOSPIRITUAL

TANGGUNGJAWAB PELAKSANA

Pihak pengurusan: memastikan langkah-langkah dan program dilaksanakan serta menyediakan sumber yang diperlukan.
• Pengurus Besar/Unit Bimbingan dan kaunseling: merancang program sokongan psikospiritual.
• Semua guru dan staf: melaksanakan initiatif dan program yang telah dirancang dalam bidang masing-masing.
• Murid: bertanggung jawab menyertai semua program dan aktiviti yang dianjurkan
• Ibu bapa: membimbing, mengasuh dan memantau kesejahteraan psikospiritual anak-anak.

PENILAIAN DAN PEMANTAUAN

• Polisi ini akan dinilai sekurang-kurangnya sekali setahun.
• Melaksanakan kaji selidik kesejahteraan psikospiritual murid.
• Melaporkan program psikospiritual secara berkala
• Maklum balas warga pejabat dan sekolah mengenai keberkesanan program

PENUTUP

Kesejahteraan psikospiritual adalah asas kepada pembangunan manusia seimbang. Melalui pelaksanaan polisi ini, diharapkan dapat membentuk warga organisasi yang lebih berdaya tahan, beretika dan damai jiwanya dalam menghadapi cabaran kehidupan.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble