MIEB Anjur Bengkel Perkasa Instrumen, Bangun Item Baharu iBecome

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) melalui Sektor Penyelidikan dan Pembangunannya telah menganjurkan Bengkel Penggubalan Item Baharu International Quality Range Assessment (iBecome) bermula semalam sebelum berakhir hari ini di Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia di sini.

Bengkel ini bertujuan memperkukuhkan sistem pentaksiran iBecome dengan membangunkan item-item baharu yang lebih autentik, relevan dan berimpak tinggi, selaras dengan konstruk Insan Rabbani Musleh yang telah dikemaskini.

Menurut urus setia program, Abdullah Fatih Jaafar, bengkel ini menjadi medan strategik untuk menggabungkan kepakaran akademik dan pengalaman praktikal pendidik. Hasilnya diharap dapat meningkatkan mutu instrumen iBecome serta mengukuhkan peranan pentaksiran dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, emosi, rohani dan sosial.

Seramai 20 peserta hadir, termasuk tokoh pendidikan Prof. Dr. Noor Azlan b. Zanzali, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Dr. Khodori Ahmad, bersama-sama guru dan penyelidik dari sekolah rendah dan menengah rangkaian MIEB bagi menyumbang kepakaran dan idea dalam proses pembangunan item baharu.

Sejak diperkenalkan, instrumen iBecome telah melalui beberapa fasa pembangunan dan kini merangkumi 55 item dalam 11 konstruk. Penambahbaikan menerusi bengkel ini dijangka meningkatkan keberkesanan instrumen, di samping menyokong pencapaian objektif pendidikan holistik berteraskan nilai rabbani.

iBecome merupakan program pentaksiran IKRAM-Musleh bagi murid berusia 16 tahun, khusus untuk menilai becomingness seseorang individu setelah melalui tahun-tahun pembangunan pendidikan. Becomingness merujuk kepada hasil (outcome) daripada proses pendidikan, iaitu tahap kesediaan pelajar untuk menghadapi cabaran kehidupan sebenar.

Pentaksiran ini tidak bertujuan meletakkan kedudukan atau perbandingan antara individu dan institusi, sebaliknya untuk menggambarkan tahap becomingness setiap peserta serta institusi yang terlibat.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus