Nadwah Musleh 2025: Rekod Penyertaan Tertinggi, Tarbiah Terus Diperkukuh

TELUK KUMBAR – Seramai 193 pelajar tingkatan 4 dari 17 buah sekolah menengah rangkaian Musleh telah menyertai Nadwah Kepimpinan Pelajar Musleh (Nadwah Musleh) 2025 yang berlangsung di Pusat Pendidikan Al-Itqan pada 26 hingga 28 September lalu.

Dalam perkembangan sama, jumlah ini merupakan penyertaan tertinggi sejak penganjurannya secara tahunan oleh Sektor Tarbiah Musleh Integrated Education Berhad (MIEB).

Bertemakan “Fastabiqul Khairat” yang bermaksud berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan yang dipetik daripada Surah al-Baqarah ayat 148, nadwah tahun ini bertujuan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah memiliki kepimpinan berteraskan tarbiah, dakwah dan akhlak Islam.

Sepanjang tiga hari, para peserta mengikuti pelbagai bentuk modul yang telah dirancang termasuk ceramah inspirasi, latihan secara berkumpulan, simulasi kepimpinan, aktiviti pengukuhan ukhuwah serta penghayatan program melalui sesi refleksi dan muhasabah.

Selain itu, lagu tema bertajuk “Nahnu Duat” turut menjadi penyuntik semangat dalam kalangan peserta agar terus istiqamah dalam mengemban tanggungjawab sebagai dai.

Antara objektif utama nadwah ini termasuklah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan penerusan tarbiah, meningkatkan kefahaman tentang peranan dakwah fardiah dan dakwah ‘ammah, mencontohi gaya kepimpinan melalui qudwah hasanah, serta mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama pasukan.

Menurut pihak penganjur, sebagai salah satu siri program nasional peringkat menengah (SMI), Nadwah Musleh antara program tahunan penting dalam kalendar pendidikan Musleh kerana ia memberi ruang kepada pelajar untuk mengasah potensi kepimpinan melalui pendekatan praktikal, kerohanian dan pengalaman langsung bersama rakan sebaya.

Turut hadir dalam majlis perasmian, Pengurus Besar MIEB, Dr. Shahrinizam Mohd Amin dan Ketua Sektor Tarbiah MIEB merangkap Penasihat Kader Du’at Musleh, Dayang Norhayani Amir.

Diharapkan, segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang nadwah ini mampu dimanfaatkan oleh para peserta untuk meningkatkan diri, sekaligus menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan ummah.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod