Penganjuran KKP Leftenan Muda KRS Musleh 2025 Perkukuh Barisan Pegawai Muda

SETIAWAN – Kursus Kenaikan Pangkat (KKP) Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh telah berlangsung dengan jayanya pada 12 hingga 15 September 2025 bertempat di D’Amir Chalet, Kampung Baharu.

Sejumlah 86 orang bakal pegawai KRS Musleh dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kursus ini, terdiri daripada 40 lelaki dan 46 wanita. Penyertaan yang besar ini menjadi medan persediaan penting sebelum mereka ditauliahkan secara rasmi ke pangkat Leftenan Muda.

Sebelum itu, program empat hari ini merupakan kesinambungan daripada Webinar KKP Leftenan Muda KRS Musleh yang diadakan pada 6 September lalu. Webinar tersebut bertujuan memberi pendedahan awal mengenai struktur kursus, tanggungjawab seorang pegawai serta persediaan mental dan teknikal.

Webinar berkenaan turut menampilkan panel berpengalaman iaitu Lt. Kol. Rofazlin Jusoh, Lt. Kol. Saiful Jamsyir Mohd Hakim dan Lt. Kol. Umar Al-Mukhtar Ismail dari Perunding KRS Musleh.

Sepanjang kursus bersemuka di Setiawan, para calon pegawai telah mengikuti modul intensif yang merangkumi latihan kepimpinan, kawad, aktiviti lasak, pengurusan organisasi serta pembinaan jati diri bagi pengukuhan nilai integriti dan disiplin.

Melalui modul-modul ini, para peserta bukan sahaja diuji dari aspek ketahanan mental dan fizikal, malah ditanam semangat kerjasama dan daya kepimpinan.

Majlis Penutupan dan Pentauliahan Pangkat

Majlis penutup kursus yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Tuan Haji Isharuddin Ismail, melibatkan penyampaian watikah lantikan kepada pegawai baharu. Antara pangkat yang ditauliahkan ialah Kapten KRSM, Leftenan KRSM, dan Leftenan Muda KRSM.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pentauliahan ini bukan sekadar pengiktirafan pangkat, tetapi amanah besar untuk melahirkan pegawai muda yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat juang serta berupaya memimpin generasi pelajar berasaskan nilai rabbani.

Turut hadir, Pengerusi Sekretariat Pusat KRS Musleh merangkap Pengerusi Panel KRS Musleh Kebangsaan, Lt. Kol. Abd Rahaim Md Isa, Ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Pertubuhan IKRAM Negeri Perak, Muhammad Hasanun Ariff Massuti dan Pengerusi JPKK Kampung Bharu (L), Mohd Ikram Aziz.

Ujian Kenaikan Pangkat TKRS

Dalam acara berasingan, turut berlangsung Ujian Kenaikan Pangkat (UKP) Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh bermula 13 hingga 15 September di lokasi sama melibatkan lebih 800 anggota TKRS Musleh dari seluruh negara.

Album 1 KKP: https://www.facebook.com/media/set/?vanity=kadetsekolahmusleh&set=a.1105480238339946
Album 2 KKP: https://www.facebook.com/media/set/?vanity=kadetsekolahmusleh&set=a.1106245841596719

Album 1 UKP: https://www.facebook.com/media/set/?vanity=kadetsekolahmusleh&set=a.1106046104950026
Album 2 UKP: https://www.facebook.com/media/set/?vanity=kadetsekolahmusleh&set=a.1106460601575243

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod