Guru Besar SRI Hidayah Raih Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan (Swasta)

JOHOR BAHRU – Pusat Pendidikan Hidayah mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila Puan Zunaidah Yacob, Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru, telah menerima Anugerah Khas Pendidikan: Kepimpinan (Swasta) bersempena Majlis Apresiasi Bitara Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru yang berlangsung di KSL Hotel & Resort di sini semalam, 28 Ogos.

Anugerah berprestij tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan berwibawa dan dedikasi tinggi beliau dalam menerajui SRI Hidayah, sekali gus mengangkat martabat pendidikan swasta berteraskan Islam di daerah Johor Bahru.

Lebih daripada itu, pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan SRI Hidayah dalam membangunkan ekosistem pendidikan berkualiti yang menekankan keseimbangan akademik, sahsiah dan kepimpinan pelajar.

Bagi pihak Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Zunaidah dan seluruh warga SRI Hidayah Johor Bahru atas pengiktirafan yang amat bermakna ini. Sesungguhnya kejayaan ini menjadi bukti bahawa pendidikan yang berpaksikan nilai Islam mampu melahirkan kepimpinan yang berkesan dan membina.

Akhir sekali, MIEB yakin bahawa dengan izin Allah dan kesatuan usaha, SRI Hidayah akan terus melangkah ke hadapan sebagai model pendidikan Islam swasta yang unggul, di samping mengekalkan momentum pencapaian ini untuk melahirkan lebih ramai pemimpin berwibawa dalam bidang pendidikan.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis