Musleh Terima Kunjungan SMA Muhammadiyah 3 Surabaya, Perkukuh Jalinan Pendidikan Islam Serantau

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjung hormat daripada delegasi Sekolah Agama Muhammadiyah 3, Surabaya, Indonesia di sini hari ini.

Lawatan ini melibatkan seramai 40 orang guru dan kakitangan, termasuk Kepala Sekolah, Ibu Erlina Wulandari, S.Pd., serta beberapa barisan pentadbir utama sekolah berkenaan.

Menurut wakil SMA Muhammadiyah 3, Ustaz Farid, tujuan utama kunjungan ini adalah untuk bertolabul ‘ilm dalam rangka memperkukuh ukhuwah islamiyah serta memperluas jaringan tarbiyah antara institusi pendidikan Islam serantau.

Delegasi turut berkongsi bahawa sekolah mereka akan membuka kelas antarabangsa pada tahun ini dan berharap mendapat pandangan serta input daripada pihak MIEB dalam meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan di sekolah mereka.

Dalam perkembangan sama, delegasi telah diberikan taklimat mengenai sejarah penubuhan, visi dan misi Musleh serta pendekatan pendidikan Islam holistik yang menjadi teras kepada rangkaian sekolah Musleh di Malaysia.

Pihak MIEB yang diwakili oleh Pengurus Besar MIEB, Dr. Shahrinizam Mohd Amin dan Pengurus Besar Centre of Learning Excellence (CLE), MIEB, Dr. Kamaliah Noordin, menyambut baik usaha ini dan menzahirkan kesediaan untuk terus bekerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya dalam membangunkan model pendidikan Islam yang progresif, bersepadu dan berdaya saing di peringkat global.

Lawatan ini juga membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka peluang kolaborasi yang lebih luas pada masa hadapan, termasuk dalam bidang latihan guru, pertukaran pelajar, dan pembangunan program akademik berteraskan nilai-nilai Islam.

Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama tarbiyah ini sentiasa mendapat keberkatan serta keredhaan Allah SWT, sekaligus menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi Islam yang berilmu, berakhlak dan berdaya kepimpinan untuk masa depan ummah.

Hadir sama, Eksekutif Kanan CLE, Rohida Jamaludin, Ketua Sektor Tarbiyah CLE, Dayang Norhayani Amir dan Ketua Sektor Latihan CLE, Dr. Azma Mahmood.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod